web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 10:11PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.

Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Profesor Dr Yeah Kim Leng, berkata menerusi peningkatan kecekapan dan disiplin fiskal, kerajaan juga berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menanggung kenaikan gaji. 

"Bagi memastikan kenaikan gaji tidak terkesan dengan kenaikan kadar inflasi, usaha serentak untuk meningkatkan produktiviti dalam kedua-dua sektor awam dan swasta serta meminimumkan kenaikan harga yang tidak adil diperlukan.

"Ini akan memastikan kuasa beli susulan kenaikan gaji itu tidak terkesan oleh kenaikan inflasi," katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai Disember depan, antara peningkatan tertinggi dalam sejarah negara,membabitkan peruntukan lebih RM10 bilion. 

"Peningkatan itu akan melebihi 13 peratus... peningkatan terbaik dalam sejarah kerajaan MADANI," kata Anwar dalam ucapannya ketika merasmikan sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang disemak, kerajaan akan memastikan gaji minimum keseluruhan penjawat awam mesti mencapai melebihi RM2,000 sebulan.

"Ketika ini, keseluruhan pendapatan minimum termasuk gaji dan elaun tetap adalah RM1,795 sebulan," katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan itu dijangka memberi kesan positif kepada sentimen dan keyakinan dalam kalangan kira-kira 1.7 juta penjawat awam.

"Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, beliau juga menggalakkan sektor swasta mengambil langkah yang sama. Jika direalisasikan, ia pasti memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna yang menyumbang 61 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023," katanya.

Mengenai langkah mengimbangi peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk gaji penjawat awam, Mohd Afzanizam berkata kerajaan konsisten dalam rasionalisasi subsidi terutamanya mengenai bahan api, dijangka dilaksanakan tahun ini. 

"Ini akan membolehkan kerajaan memperuntukkan semula sebahagian daripada penjimatan pengurangan subsidi ke arah meningkatkan gaji kakitangan kerajaan yang boleh membantu mempercepatkan produktiviti dan semangat dalam kalangan penjawat awam.

"Cukai perkhidmatan yang lebih tinggi daripada 6.0 hingga 8.0 peratus kecuali untuk makanan dan minuman serta berkaitan komunikasi juga akan meningkatkan tabung kerajaan yang boleh membantu mengembangkan ruang dasar untuk kerajaan persekutuan," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, mungkin terdapat tekanan terhadap harga kerana permintaan daripada pengguna akan lebih tinggi.

"Pengenalan Akaun Fleksibel oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga merupakan salah satu pemangkin utama untuk penggunaan swasta bersama-sama dengan langkah lain seperti program pemindahan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Ini telah dicerminkan dalam julat luas dalam unjuran kadar inflasi sekitar 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2024 (2023: 2.5 peratus). Julat yang luas itu menunjukkan ketidaktentuan mengenai perubahan dasar yang mungkin memberi kesan kepada harga," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar