web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Meteorologi Keluar Amaran Penerbangan, Gunung Ruang Meletus Semula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 12:17PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sudah mengeluarkan amaran cuaca penerbangan (SIGMET) kepada operator penerbangan berikutan ancaman debu gunung berapi yang dijangka memasuki ruang udara Malaysia.

Ia susulan letusan semula gunung berapi, Gunung Ruang di Indonesia, awal pagi semalam

Justeru, Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan, terhadap ruang udara negara ini. 
 
Katanya, hasil cerapan mendapati ketinggian letusan gunung itu sudah mencapai tahap 63,000 kaki atau 20 kilometer.

"Masalah debu berkenaan bakal mengganggu operasi penerbangan di Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu (FIR),  sekali gus menimbulkan risiko kepada keselamatan pesawat.

"Malah, berdasarkan model trajektori daripada National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), debu gunung berapi ini dijangka memasuki ruang udara negara dan memberi kesan signifikan sepanjang tempoh ramalan sehingga 5 Mei 2024," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, MET Malaysia akan meningkatkan pemantauan aktiviti pergerakan debu gunung berapi ini secara berterusan dan mengemas kini maklumat berkenaan serta mengeluarkan Amaran Cuaca Penerbangan, sekiranya perlu.

Pada masa sama, MET Malaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial. - Getaran, 1 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Gunung Semeru Indonesia Meletus, Muntahkan Abu Sejauh 600 Meter

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 42 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad