web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesta Masak Di Stesen Minyak: 4 Didakwa Esok, Tiada Anak VIP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2024 8:42PM

Empat yang akan didakwa esok terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki - Gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada anak Timbalan Menteri atau orang kenamaan (VIP) terlibat dalam ‘pesta masakan’ di sebuah stesen minyak seperti dakwaan ramai.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan mendapati kesemua 15 individu yang terlibat dalam aktiviti berkenaan bukan anak kepada mana-mana Timbalan Menteri atau VIP.

Menurut beliau, hasil soal siasat, empat individu dari kumpulan terbabit akan didakwa di Mahkamah Majistret Bentong esok.

“Pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan untuk empat individu tersebut.

“Baki 11 lagi dibebaskan dan akan menjadi saksi kes,” katanya.

Zaiham Mohd Kahar - Gambar fail
Zaiham Mohd Kahar - Gambar fail

Jelas Zaiham, kesemua empat suspek terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki, masing-masing berusia 23 hingga 24 tahun.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, polis telah menahan 15 individu yang dikenal pasti terbabit dalam ‘pesta masakan’ di sebuah stesen minyak di Genting Highlands kelmarin.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis, selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk dirakam keterangan.

Getaran pada 15 Mei lalu memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar yang berkata, polis sedang memburu individu dikesan memasak di stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini.

Menurut Zaiham, polis dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada jam 12.35 tengah hari, 14 Mei lalu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad