web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2024 8:57AM

Aksi penjaga gol Penang FC Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman semasa bertemu Terengganu FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat Penang FC untuk mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan pertamanya di laman sendiri tidak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang malam tadi.

Tuan rumah dilihat mengawal permainan pada babak pertama perlawanan menerusi beberapa percubaan membolosi pintu gawang pasukan lawan namun gagal menghasilkan sebarang jaringan.

Terengganu FC hampir mengejutkan pasukan tuan rumah pada minit ke-38 apabila pemain tengah Manual Gelito Ott berjaya merembat masuk gol namun dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Bersambung di babak kedua, anak kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli terus menggandakan serangan hampir berjaya meletakkan tuan rumah di depan tetapi jaringan Mohammad Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-68 pula dibatalkan pengadil selepas semakan dibuat menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR).

Cubaan pada minit akhir Penang FC untuk mendapatkan gol gagal dan keputusan kekal seri tanpa jaringan hingga tamat wisel perlawanan sekali gus membolehkan kedua-dua pasukan sekadar mengutip satu mata.

Di Kuching, tuan rumah Kuching City FC gagal mengutip mata penuh pertama musim ini apabila seri 2-2 dengan Sri Pahang di Stadium Negeri.

Sejak awal permainan, anak buah kendalian Aidil Sharin mengatur serangan bertali arus tanpa henti sebelum penyerang utama Tchetche Kipre memanfaatkan peluang menerusi situasi kelam-kabut dalam kotak penalti untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-18.

Sebelum tamat separuh masa pertama, bekas penyerang Terengganu, Jordan Mintah, tenang menanduk bola hantaran lintang pemain sayap untuk Kuching City selesa berada di depan 2-0 selepas 45 minit pertama. 

Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah yang agresif bagaimanapun gagal mengekalkan kelebihan apabila Sri Pahang merapatkan jurang selepas Adam Nor Azlin meledak jaringan pada minit ke-63.

Jaringan berkenaan nyata memberi tonik kepada pemain import Sri Pahang, Manuel Federico Hidalgo Gasparini bagi mencetak gol penyamaan pada minit ke-76 dan keputusan kekal hingga tamat permainan.

Keputusan kedua perlawanan malam ini menyaksikan Sri Pahang kekal di tangga ke-4 dengan 4 mata keseluruhan di belakang Sabah FC manakala Terengganu menduduki tangga kedua dengan kelebihan jaringan dengan jumlah mata yang sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad