web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2024 8:58AM

Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam merangkul pingat sulung negara di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan. - Gambar MGF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, atlet gimnastik negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam melakar sejarah apabila merangkul pingat sulung negara di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan semalam.

Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang jaguh dari Filipina Carlos Yulo (14.883 mata) dan atlet tuan rumah Abdulaziz Mirvaliev (14.783 mata) yang masing-masing mengutip pingat emas dan perak.

Bagaimanapun, Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Francis Loh berkata kejayaan manis tersebut tidak cukup untuk melayakkan Muhammad Sharul meraih slot Sukan Olimpik 2024 di Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos.

Katanya, pemenang gangsa melombol Sukan Asia Hangzhou 2022 itu hanya menyertai satu acara manakala slot ke Sukan Olimpik 2024 pula diberikan kepada pemenang acara all-around lelaki.

"Ini adalah persembahan yang sangat baik kerana ini kali pertama kami mendapat pingat di Kejohanan Asia," katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Loh berkata MGF akan memberi tumpuan bagi membantu atlet dari Terengganu untuk mahir dalam acara all-around sekali gus mencerahkan peluang beraksi pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles (LA28). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Sudah 4 Tahun Sharul Aimy Tak Beraya Di Kampung

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad