web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sudah 4 Tahun Sharul Aimy Tak Beraya Di Kampung

Sudah empat tahun berturut-turut atlet gimnastik negara, Sharul Aimy tidak dapat pulang beraya di kampung halamannya di Terengganu kerana terlibat dengan pertandingan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 8:54AM

Sharul Aimy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Atlet gimnastik negara, Sharul Aimy, 22, sekali lagi terpaksa berkorban apabila tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya kerana komitmen terhadap latihannya menjelang kejohanan yang akan berlangsung dalam bulan Syawal.

Menurut atlet kacak kelahiran Terengganu itu, kali ini merupakan tahun keempat dia tidak dapat beraya bersama keluarga. 

"Sudah empat tahun saya beraya di Majlis Sukan Negara (MSN) yang terletak di Bukit Jalil. Kalau tak sempat pulang beraya, saya akan buat panggilan video sahaja bersama keluarga.

"Biasanya kalau ada pertandingan yang tarikhnya dekat dengan hari raya memang kami para atlet tak dapat nak balik beraya di kampung. Macam saya empat tahun berturut-berturut pertandingan berlangsung sewaktu bulan Syawal," katanya kepada Getaran. 

Ditanya apakah momen yang paling dirinduinya sewaktu beraya bersama keluarga di kampung, kata Sharul dia rindu melihat ibunya membuat kuih raya dan menyediakan juadah istimewa sempena Aidilfitri.  

"Biarpun di MSN juga ada menyediakan juadah hari raya tetapi pastinya tidak akan sama dengan air tangan ibu.

"Tetapi saya tidak boleh makan sebarangan kerana harus menjaga tubuh menjelang pertandingan nanti," ujarnya. 

Baru-baru ini juga tular di media sosial gambar-gambar mesra Sharul bersama atlet gimnastik wanita yang berasal dari Filipina. Namun kata Sharul mereka sekadar bersahabat baik. - Getaran, 11 April 2024

Foto : Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar