web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Tular Bawa Bayi Naik Motosikal Ke Hospital Dapat Perhatian PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2024 2:10PM

Sepasang suami isteri dari Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah tidak mampu membayar tambang teksi untuk membawa bayi mereka ke hospital. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gambar sebuah keluarga yang tular dalam media sosial memaparkan si ibu menggendong bayinya berusia 11 bulan yang mengalami masalah paru-paru serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ditunggang bapa bayi itu ke hospital, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu menerusi ruangan komen Facebook miliknya agar pihak beliau dapat menghubungi keluarga berkenaan.

“Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambah baik kehidupan seharian mereka,” katanya dalam catatan Facebook beliau, Farhan Fauzi hari ini.

Mohd Azlan Ishak, 36, dan isterinya Norhidayu Halim, 35, dari Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah tidak mampu membayar tambang teksi kerana mempunyai sumber pendapatan terhad sebagai pembantu di pelantar ikan yang dibayar gaji harian sebanyak RM50 sehari.

Keadaan itu menyebabkan mereka perlu berulang-alik ke hospital menaiki motosikal bagi mengambil ubat.

Bayi lelaki itu terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir setiap masa akibat menghidap masalah paru-paru kronik. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad