web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendekatan Baharu Pastikan Agihan Subsidi Bersasar Lebih Fokus - Rafizi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 8:05PM

Rafizi Ramli berkata pendekatan ketika ini yang lebih tertumpu kepada pendapatan B40, M40 dan T20 tidak menggambarkan sepenuhnya dari segi perbandingan kemampuan satu isi rumah ke isi rumah lain, meliputi bilangan tanggungan anak dan lokasi individu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah  bakal dilaksanakan Januari tahun depan sebagai langkah penstrukturan ekonomi untuk pengagihan subsidi bersasar yang lebih fokus, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata pendekatan ketika ini yang lebih tertumpu kepada pendapatan B40, M40 dan T20 tidak menggambarkan sepenuhnya dari segi perbandingan kemampuan satu isi rumah ke isi rumah lain, meliputi bilangan tanggungan anak dan lokasi individu.

Rafizi berkata pendekatan baharu itu akan diintegrasikan dengan  inisiatif Pangkalan Data Utama (PADU) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini sebagai usaha penggabungan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah dalam negara bagi memperkemaskan pelaksanaan subsidi bersasar.

“Apabila kami dapat capai tahap itu  (pendapatan boleh belanja bersih isi rumah), kami akan dapat gambaran lebih jelas kebolehbandingan  pendapatan boleh belanja bersih untuk isi rumah dan itu akan membolehkan kami memperhalusi sebarang program kerajaan dan subsidi bersasar sewajarnya,”   katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ditanya sama ada pengagihan subsidi bersasar turut meliputi subsidi petrol RON95, beliau berkata kerajaan akan menumpukan kepada komponen subsidi elektrik dan diesel yang telah diumumkan serta memantau keberkesanannya dahulu sebelum mengumumkan sebarang keputusan bagi subsidi RON95.

“Bila kita mula beralih kepada (subsidi) RON95, sudah tentu pertimbangannya lebih besar, melibatkan lebih ramai dan keluarga daripada setiap isi rumah. Sebab itu kita akan memastikan PADU tersedia menjelang 2024 serta sebarang keputusan mengenai bagaimana untuk menyasarkan RON95 itu boleh dibuat dengan mudah,” katanya.

Rafizi berkata Kementerian Ekonomi akan menyelaraskan dengan kementerian dan agensi lain agar pelaksanaan projek kecil mesra rakyat di seluruh negara dipercepatkan sebagai usaha membantu pertumbuhan ekonomi negara.

“Satu langkah yang kita akan ambil untuk pastikan bahawa perbelanjaan kerajaan akan berterusan dan untuk beri tumpuan kepada projek kecil yang mana proses perolehan dan kelulusan itu boleh dipermudahkan dan dipercepatkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Pelaksanaan Subsidi Bersasar Tidak Beri Kesan Kepada Pelaburan Asing - Tengku Zafrul

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendapatan Pelaburan KWSP Meningkat 33 Peratus, Cecah RM47.86 Bilion

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat