Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selesa Nyanyi Lagu Arab, Nuha Bahrin Ingin Tembusi Timur Tengah

Nuha sedang mengintai peluang untuk menembusi pasaran muzik Timur Tengah dan berharap rezeki berpihak kepadanya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 8:17AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun pernah menjadi bahan jenaka ketika nyanyiannya terkucil semasa membuat persembahan di sebuah program nyanyian, penyanyi Nuha Bahrin tidak putus asa dan masih aktif berkongsi minatnya terhadap muzik.

Gadis kelahiran Rawang, Selangor ini mengakui bukan mudah untuk bangkit dari kesilapan lalu apalagi apabila namanya dikecam teruk selama berhari-hari di laman sosial. 

Namun memikirkan minat serta sokongan orang sekeliling, gadis itu masih meneruskan kerjaya nyanyiannya sehingga hari ini.

“Memang saya susah nak dapatkan balik kekuatan untuk kembali ke atas pentas semula. Saya pernah ragu dan merasakan mungkin bidang ini bukan ditakdirkan untuk saya. Tapi memikirkan ramai orang yang sokong saya, saya tidak boleh hancurkan impian dan harapan mereka. 

“Tambahan pula saya sangat menyukai muzik dan nyanyian. Apa yang terjadi dulu saya ambil sebagai pengajaran. Kini saya pun sudah ke kelas vokal dan semakin banyak menerima komen positif daripada pendengar,” katanya kepada Getaran baru-baru ini.

Selepas melancarkan single 'X Sempurna', Nuha dilihat semakin giat menyanyi di platform TikTok. Jika diperhatikan, bekas peserta program Vokal Mania itu lebih selesa menyanyikan lagu-lagu terkenal negara Arab sehingga turut menerima pujian daripada pengikut dari negara Timur Tengah.

@nuha_bahrin

Nasini el donya by @raghebalama ? i swear arab love songs hits different yall?#fyp #foryoupage #arabsongscover

♬ original sound - Nuha Bahrin - Nuha Bahrin

“Saya mengakui  menyanyikan lenggok Arab memang minat dan juga kelebihan saya. Awalnya saya sendiri tak yakin untuk kongsikan video nyanyian saya kerana risau saya salah menyebut perkataan. Tapi berkat galakan semua terutamanya pengurus saya, maka saya beranikan diri. Saya mula belajar sendiri,” dedahnya. 

Percaturannya tidak salah langkah apabila Nuha menerima banyak komen positif dan mula menarik minat lebih ramai pendengar apabila videonya kerap mendapat jutaan tontonan selepas dimuat naik.

“Ada juga followers dari Arab  yang komen di TikTok mengatakan nyanyian saya bagus. Mereka minta saya teruskan. Kadangkala mereka juga ada tegur bahagian mana yang salah dan saya akan betulkan. Saya rasa ia indah kerana saya boleh nyanyi dan belajar pada masa yang sama,” jelasnya.

@nuha_bahrin

I cant believe ittttt!!! ILY ILY ILY ILYYYY?❤️ @lamis.kan

♬ مسيطره - Lamis Kan

Bukan itu sahaja, Nuha sedang mengintai peluang untuk menembusi pasaran muzik Timur Tengah dan berharap rezeki berpihak kepadanya.

“Saya terfikir juga mungkin suara saya sesuai dengan lagu sebegitu. Saya perlahan-lahan cuba membawakan elemen muzik Arab ke dalam karya saya. Untuk lagu yang akan datang, saya ada menggabungkan kedua-dua elemen muzik serta bahasa.

“Saya sangat teruja dan berharap agar saya boleh menembusi pasaran Malaysia dan Timur Tengah,” katanya. - Getaran, 12 Mei 2022

Gambar: Nuha Bahrin
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

2

Ekonomi 3 bulan yang lalu

MYAirline Terima Pelaburan Dari Timur Tengah - Sumber

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 23 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 3 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 15 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar