Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Faouzia, Suara Baharu Industri Muzik

Faouzia buktikan bahawa anda boleh pergi jauh dengan TikTok.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 12:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Benar kata pepatah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang dapat meramalnya. Siapa sangka, video-video TikTok berdurasi 15 saat Faouzia bakal membawa tuah dan mengubah nasibnya sebagai seorang penyanyi. 

Kejayaan beberapa video yang tular di platform tersebut telah membuka jalan kepada penyanyi ini untuk melangkah masuk ke dalam arena muzik arus perdana.

@faouziaofficial

what a year. thank u all for making it so special. :’] ?

♬ Jr Stit x bruno mars x adele - Margaux_lbt

“Saya masih tidak sangka yang semua ini berlaku. Ia masih terasa seperti sebuah mimpi. Namun, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang sebesar ini dan teruja untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan. 

“Apa yang saya belajar dari semua ini adalah untuk percaya pada diri dan expect the unexpected,” katanya dalam sesi temu ramah bersama Getaran.

Meskipun namanya masih terdengar asing dalam industri muzik, penyanyi ini sudah berkerjasama dengan nama-nama besar Hollywood seperti John Legend dan Kelly Clarkson. Malah, diberi peluang emas untuk bawakan salah satu karya Kelly Clarkson dalam bahasa Arab bagi runut bunyi filem 'SCOOB!’.

Mungkin bagi sesetengah pihak, lagu-lagu Faouzia terdengar seperti lagu pop-ballad biasa. Namun, kalau diperhatikan, kebanyakan melodinya membawa unsur muzik Timur Tengah.

“Lucunya, bila saya menulis apa-apa lagu, saya selalu akan fikirkan melodi muzik Arab yang bernuansa rancak.

“Boleh dikatakan, lagu-lagu itu menjadi sumber inspirasi dan banyak membantu saya dalam mengembangkan lagi idea yang ada,” jelasnya.

Penyanyi berdarah campuran Maghribi-Kanada ini akhirnya mempertaruhkan single terbaharunya berjudul ‘RIP, Love’ secara rasmi setelah berkongsi klip pendek di akaun TikTok beberapa minggu lalu. Menakjubnya, video itu telah berjaya menarik perhatian warganet malah mendapat lebih 38 juta interaksi di platform tersebut.

@faouziaofficial

so overwhelmed with the love y’all are showing RIP !!!!! :’) pre-save it so it can get released sooner (link in bio) ?

♬ RIP, Love - Faouzia

Diinspirasikan daripada muzik yang didengarnya semasa zaman kanak-kanak, lagu ini mempunyai adunanan gaya muzik Maghribi dan barat.

“Saya terdedah dengan pelbagai genre muzik sejak kecil lagi kerana terikut-ikut dengan ibu bapa saya yang sering memasang muzik di rumah dan kereta.

“Walaupun sudah lama duduk di negara Barat, saya ingin menyuntik identiti budaya asli dan memberi penghormatan dengan ‘menanamkan’ elemen ‘rumah’ dalam karya ini.

“Saya masih ingat perasaan setelah sesi rakaman lagu ini. Saya berasa sangat gembira kerana benar-benar jatuh cinta dengannya malah tidak sabar untuk karya ini dengan semua peminat,” ujarnya.

Meskipun mempunyai jadual yang ketat, Faouzia tetap membahagi masa untuk pelajarannya. Kini, penyanyi ini sedang meneruskan pengajian dalam jurusan kejuruteraan komputer di Universiti Manitoba. 

Menurutnya, dia bertekad untuk menghabiskan pengajian walaupun apa jua rintangan yang bakal dihadapi.

“Saya sedar bahawa saya sekarang berada dalam kedudukan yang agak rumit kerana terpaksa menggalas banyak tanggungjawab. Tapi saya percaya, generasi Z adalah generasi yang kuat bekerja dan paling produktif. Kami lebih suka melakukan banyak benda dalam satu masa kerana ingin mengekalkan momentum dan drive dalam diri kita,” ujarnya.

Berkongsi tentang perkembangan lain, Faozia berkata dia sedang bekerja keras dalam menyiapkan album debutnya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Saya ingin menghasilkan muzik yang boleh menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya tak kiralah lagu bertema motivasi atau sedih. Saya mahu kata-kata yang dilontarkan menjadi satu dorongan buat mereka meluahkan segala emosi yang terperangkap dalam minda dan diri mereka. 

“Saya percaya sekiranya kita membenamkan perasaan dalam alunan muzik, ia dapat membantu kita mengekspresikan jiwa terutamanya apabila berdepan dengan saat-saat sulit dalam kehidupan. Oleh itu, saya berharap agar lagu-lagu ini bukan sahaja menjadi halwa telinga, tetapi dapat menjadi peneman para pendengar,” katanya mengakhiri bicara. 

Single terbaharu Faouzia, ‘RIP, Love’ kini boleh didengar di semua pelantar muzik. - Getaran, 27 Mei 2022

Gambar: Warner Music

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

2

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

4

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 17 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Selebriti 1 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar