web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPM 2020 Yang Terbaik Sejak 2016 - Mohd Radzi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 1:24PM

Fazlinda Ahmad Kamal, 18, menunjukkan laman web rasmi Lembaga Peperiksaan yang dilayarinya bagi menyemak keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun sejak 2016.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, lebih kecil nilai GPN dicatatkan, semakin baik keputusan diperoleh.

Menurut beliau, analisis GPN itu adalah berdasarkan bilangan calon yang mendaftar buat kali pertama, untuk sekurang-kurangnya enam subjek dan menduduki peperiksaan atas satu mata pelajaran.

“Pencapaian calon SPM luar bandar adalah lebih cemerlang berbanding di bandar, malah jurang pencapaian antara kedua kategori ini turut mengecil kepada 0.38 berbanding 0.44 pada 2019.

“Calon di bandar untuk SPM 2020 adalah 4.68, satu peningkatan berbanding 4.70 pada tahun sebelumnya,” katanya dalam sidang media sempena pengumuman keputusan SPM 2020 di sini hari ini.

Mohd Radzi berkata, pencapaian calon luar bandar meningkat kepada 5.06 berbanding 5.14 pada 2019.

Beliau menarik perhatian, lima mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan manakala penurunan dicatatkan oleh subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Sebanyak 43 mata pelajaran menunjukkan peningkatan, 39 lagi merekodkan penurunan dan satu subjek menunjukkan penurunan dan satu lagi kekal tidak berubah, daripada  83 mata pelajaran keseluruhannya,” katanya lagi.

Sementara itu, calon SPM yang layak menerima sijil turut meningkat sebanyak kepada 88.68 peratus pada tahun ini berbanding 86.72 pada 2019.

Calon berkeperluan khas (CBK) yang layak menerima sijil SPM juga menunjukkan peningkatan, iaitu 68.22 peratus berbanding 61.34 sebelumnya.

Kesemua 401,105 calon SPM boleh menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di portal myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my manakala slip rasmi SPM boleh dimuat turun melalui portal myresult3.moe.gov.my bermula jam 10 pagi hari ini. - Getaran, 10 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad