web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kota Madani Bukan Projek Peribadi Perdana Menteri - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2025 4:53PM

Perdana Menteri (tengah) melihat model projek pembangunan Kota Madani di Putrajaya - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kota Madani yang dilancarkan pagi tadi bukan projek peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya ia adalah milik rakyat dan masa depan bangsa. 

Menegaskan perkara itu, Anwar berkata, kota itu bukan sekadar berbentuk fizikal, tetapi ia adalah falsafah dan cita-cita.

Menurut  beliau, ia selaras seperti yang diungkap pemikir dan pengembara ulung Islam, Ibnu Khaldun bahawa kota ialah pusat umran hadhari, yakni tempat bertemunya idealisme, teknologi dan nilai. 

“Ia adalah sebuah kota yang bukan sahaja menyediakan perumahan mampu milik buat penjawat awam, tetapi juga merupakan cita kehidupan yang berteraskan nilai-nilai yang universal seperti iman, ihsan, inovasi dan kelestarian. 

“Daripada kemudahan asas seperti tadika di aras bawah ke masjid di hadapan, dari laluan pejalan kaki ke sekolah dan juga gimnasium serta ruang-ruang hijau, ia direncana dengan teliti bagi menyantuni kehidupan rakyat terbanyak. 

Tegas Perdana Menteri, kerajaan tidak mahu meneruskan budaya membina mercu serta pelbagai gedung megah tanpa roh. 

“Yang kita gerakkan kini adalah bandar yang manusiawi, yang menyantuni rakyat terbanyak, dari warung sederhana hingga ke ruang tamu yang selesa buat anak-anak bangsa,” katanya. 

Jelas beliau, banyak pihak beranggapan dan berceloteh, kononnya Kota Madani sama seperti projek gajah putih lain yang kini hanya tinggal nama. 

Justeru katanya, projek ini akan dibiayai secara usahasama Kerajaan-swasta (PPP), seperti banyak bangunan utama yang didirikan di Putrajaya.

“Pendekatan ini mengurangkan beban kewangan langsung Kerajaan dan mempercepat pelaksanaan projek. 

“Ia bukan konsep baharu, tetapi ia berkonsep menambah baik, jauh sekali dibina ‘from scratch’ yang tentunya menelan belanja yang besar. Bezanya ia diangkat dengan ruh dan sifat manusiawi yang tinggi,” katanya. 

Anwar berkata, pembangunan berkenaan yang menelan kos RM4 bilion bukan untuk bermegah, tetapi ia adalah sinar kepada 10,000 keluarga.

“Tidak ada komisen, jauh sekali kebocoran dan ketirisan. 

“Hanya iltizam dan tekad untuk mempercepat, mempermudah, menyempurnakan,” katanya. - Getaran, 26 Jun 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 39 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad