web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Kebakaran Di Putra Heights Terima Kunci Rumah Sementara Rabu Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2025 7:22PM

Borhan Aman Shah (tengah) dalam sidang media hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya yang berdaftar untuk mendapatkan bantuan rumah sementara di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, Sepang boleh mendapatkan kunci dan memasuki rumah sewa masing-masing pada Rabu ini.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Datuk Borhan Aman Shah berkata 100 unit Rumah Selangorku ditawarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Beliau berkata selepas proses pendaftaran hari ini selesai, pihaknya akan melakukan semakan dengan pejabat daerah untuk memastikan hanya mangsa yang berdaftar menerima bantuan berkenaan.

"Selepas daftar kita semak dulu dengan pejabat daerah kemudian kalau tidak ada masalah Rabu kita serah kunci dan mereka boleh masuk, terpulang kepada mereka (masuk bila).

"LPHS menyediakan 100 unit rumah di Kota Warisan yang berkeluasan 1,000 kaki persegi, di dalamnya ada tiga bilik dan dua bilik air. Ini rumah baharu yang lengkap dengan kipas dan lampu," katanya semasa taklimat tawaran rumah sementara di Masjid Putra Heights hari ini.

Borhan berkata kadar sewa yang ditetapkan adalah RM850 sebulan berbanding kadar sebenar RM1,800 dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan untuk semua mangsa terlibat, selain pengecualian deposit turut diberikan kepada mangsa yang berdaftar hari ini.

Beliau berkata selepas enam bulan, pertimbangan akan diberikan sekiranya mangsa belum memiliki rumah dan hendak memohon untuk terus menyewa di unit berkenaan.

Berdasarkan Skim SMART sewa, penghuni boleh ditawarkan untuk tinggal di rumah berkenaan selama tempoh lima tahun atau tiga tahun dan mereka layak menerima bayaran balik 30 peratus.

"Sekiranya terdapat mangsa yang ingin mendapatkan rumah sewa selain yang ditawarkan LPHS ini, pihak kerajaan akan cuba membantu," katanya.

Kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah dan 57 terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah Puchong ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Ibu Cedera Tumit, Lutut, Anak Melecur Ketika Selamatkan Diri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Warga Pakistan Terima  Penghargaan Selepas Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Berkenan Serah Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad