web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Warga Pakistan Terima  Penghargaan Selepas Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2025 5:51PM

Lima wira yang membantu menyelamatkan penduduk kampung dalam kejadian kebakaran saluran gas di Putra Heights awal bulan lalu - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan berani lima warga Pakistan meredah sungai demi membantu penduduk yang terkesan dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, bukan sahaja tular di media sosial malah mendapat penghargaan rasmi daripada Kedutaan Pakistan di Malaysia.

Kelima-lima mereka Khaista Nawab, 50, Bakht Munir, 37, Amir Nawab, 47, Rafiq Ullah, 25 dan Jaafar Ali, 40, telah dipanggil untuk menerima sijll penghargaan yang disampaikan oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia di kedutaan negara itu, semalam.

Khaistan berkata dia dan rakan-rakannya langsung tidak menyangka bantuan spontan yang diberikan akan menerima pujian serta diberi pengiktirafan kerana melakukannya secara ikhlas bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

"Kami bantu kerana itu yang patut dilakukan sebagai manusia, bukan untuk habuan. Bila lihat penduduk di seberang sungai panik, kami tahu kami perlu lakukan sesuatu," katanya di sini hari ini.

Dia berkata kesemua mereka yang berasal dari wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan itu telah berada di Malaysia antara tujuh hingga 20 tahun bagi mencari rezeki.

Mengimbau kejadian itu, Khaista berkata dia dan rakan-rakannya bertindak terjun dari tebing sungai Klang di Kampung Sri Aman, Puchong bagi membantu kira-kira 30 penduduk yang ketika itu berada seberang tebing sungai di Kampung Tengah untuk menyelamatkan diri daripada haba panas akibat kebakaran tersebut.

Dia berkata mereka membawa penduduk termasuk kanak-kanak dan warga emas menyeberangi sungai selebar lebih 40 meter dan dalam lebih 1.8 meter itu kembali ke tebing di Kampung Sri Aman dengan cara memikul mereka di bahu pada bahagian sungai yang sedikit cetek dan menolak mereka sambil berenang di bahagian yang dalam.

Khaista berkata pada hari kejadian, kelima-lima mereka sedang berada di rumah masing-masing yang berdekatan dengan sungai kerana masih bercuti sempena Aidilfitri dan perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat api yang marak dalam jarak kira-kira satu kilometer dari rumahnya ialah mengambil pasport dan melarikan diri.

"Tapi kemudian saya fikir, tidak boleh lari kerana nanti pada hari kiamat akan ditanya juga. Harus bantu orang walau nyawa sendiri dalam bahaya.

"Jadi, kami berenang ke seberang dan kembali ke tebing di Kampung Sri Aman lebih lima kali bagi menyelamatkan semua penduduk," katanya.

Kisah keberanian mereka bukan saja tular di Malaysia, malah menarik perhatian rakyat senegara di Malaysia iaitu pemilik syarikat pakaian Alfaro Sdn Bhd, Farooq Ahmed yang bertindak memberikan sagu hati berupa pakaian dan wang tunai.

Farooq berkata Menteri Persekutuan Pakistan Amir Mugam yang juga rakannya turut menghubunginya bagi menyampaikan rasa bangga dan penghargaan kerajaan Pakistan terhadap tindakan lima individu itu.

"Saya tertarik untuk memberi mereka sagu hati kerana keikhlasan membantu insan lain yang dalam kesusahan. Saya berharap sumbangan ini dapat membantu mereka dalam menjalani kehidupan di negara ini.

"Mereka tular bukan saja di Malaysia malah di Pakistan hingga mendapat perhatian seorang menteri di sana," katanya.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April itu menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mangsa Kebakaran Di Putra Heights Terima Kunci Rumah Sementara Rabu Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Ibu Cedera Tumit, Lutut, Anak Melecur Ketika Selamatkan Diri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Berkenan Serah Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad