web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Serah Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2025 3:35PM

Gambar Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 5 April - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menyampaikan sumbangan peribadi menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada mangsa kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Sebanyak 308 ketua isi rumah yang terjejas menerima sumbangan wang tunai RM1,000 bagi meringankan beban.

Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli menyantuni dan bertanya khabar mangsa terlibat di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna, Masjid Putra Heights.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di PPS berkenaan pada 10.22 pagi, diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Setakat 8 pagi tadi, 382 mangsa daripada 98 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah lagi terjejas serta mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.

Sementara itu, menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada semua petugas jabatan kerajaan dan agensi serta badan bukan kerajaan yang berganding bahu membantu mangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad