web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2026 7:06PM

Gambar Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah budaya menolak rasuah dan salah guna kuasa mesti menjadi teras kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seri Paduka Baginda bertitah kekuatan sesebuah angkatan pertahanan bukan hanya bergantung pada aset dan teknologi, sebaliknya turut berteraskan nilai integriti.

"Integriti, ketelusan dan akauntabiliti ialah asas penting bagi memastikan ATM kekal dihormati serta diyakini rakyat.

"Seluruh warga ATM perlu mengekalkan disiplin tinggi dan menjadikan prinsip menolak rasuah sebagai budaya kerja yang berterusan demi kedaulatan dan kepentingan negara," titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Seri Paduka Baginda menzahirkan titah nasihat berkenaan semasa menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman di Istana Negara, di sini hari ini.

Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengingatkan kepemimpinan tertinggi ATM supaya sentiasa mengutamakan kebajikan anggota, di samping mempertingkatkan keupayaan pertahanan seiring dengan cabaran keselamatan semasa.

Seri Paduka Baginda juga menzahirkan keyakinan bahawa Malek Razak mampu menggalas tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Malek Razak, yang sebelum ini Panglima Medan Barat Tentera Darat, dilantik sebagai PAT ke-24 berkuat kuasa pada 1 Februari lepas.

Beliau berkelulusan Diploma Strategik dan Keselamatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarjana Pengajian Pertahanan daripada King's College London dan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) daripada UKM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Pandu Kereta Termahal Di Dunia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bersama Hanya Pemecah Undi, Beri Kelebihan Kepada BN - Tony Pua

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Op Mega: Jabatan Imigresen Tahan 503 Warga Asing Di Seluruh Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

oleh Sophia Ahmad