web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2026 1:57PM

Gambar Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap pelakon antarabangsa terkenal yang juga Duta Setiakawan Pelancongan Melaka Datuk Fan Bingbing.

Pelakon utama filem Mother Bhumi itu berperanan dalam mempromosikan Malaysia menerusi industri perfileman antarabangsa.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Selasa (12 Mei).

Hadir sama, penerbit Mother Bhumi Wong Kew Soon, pengarahnya Chong Keat Aun yang memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa dan pengurus Fan Bingbing yang juga anak kelahiran Johor Jersey Chong.

Mother Bhumi adalah sebuah filem Malaysia menampilkan pelakon antarabangsa terkenal Fan Bingbing bersama Natalie Hsu (Hong Kong) dan Bai Run-yin (Taiwan) serta pelakon tempatan Pearlly Chua, Alvin Wong, Rithaudin dan Pauline Tan.

Mengadunkan sejarah, dongeng rakyat dan kepercayaan mistik yang berakar umbi di Kedah, filem itu yang berlatarkan era lewat 1990-an di kawasan pedalaman berhampiran sempadan Thailand mengisahkan seorang wanita yang bekerja sebagai pesawah di siang hari dan bomoh pada waktu malam.

Filem itu juga membawa pengiktirafan antarabangsa serta mengharumkan nama Malaysia menerusi pencapaiannya di pentas perfileman dunia termasuk Golden Horse Awards, Tokyo International Film Festival dan Far East Film Festival. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

4

Pendidikan 7 bulan yang lalu

Bimbang Gejala Moral Dalam Kalangan Remaja, Agong Titah Wujudkan Revolusi Pendidikan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad