web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Putra Heights: Ibu Cedera Tumit, Lutut, Anak Melecur Ketika Selamatkan Diri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2025 9:23PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - "Api dah tinggi, saya hanya fikir nak selamatkan anak-anak."

Itu detik cemas dilalui Nurul Adawiyah Mohamad Ahwan, 38, yang cedera di lutut dan tumit selepas terjatuh dalam longkang ketika menyelamatkan tiga anaknya dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.

Menceritakan kejadian, Nurul Adawiyah berkata rumahnya di Kampung Kuala Sungai Baru terletak hanya 50 meter dari lokasi letupan dan gegaran kuat turut dirasai seisi keluarga.

Menceritakan kejadian, Nurul Adawiyah berkata rumahnya di Kampung Kuala Sungai Baru terletak hanya 50 meter dari lokasi letupan dan gegaran kuat turut dirasai seisi keluarga.

"Saya dukung anak bongsu, 4 tahun dan berlari bersama dua lagi anak berumur 6 dan 8 tahun dalam kepanasan api yang marak...masa itulah saya terjatuh dalam longkang," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan Tragedi Putra Heights di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights hari ini.

Lebih memilukan, katanya, kaki anak bongsunya turut melecur namun tidak disedari ketika kejadian.

"Dia tak menangis pun, kakak dia yang tegur 'Mama, kaki adik merah'. Saya sangka biasa saja, tapi bila buka seluar, terus nampak kulit dan melecur.

"Kami terus ke unit kecemasan sebab risau...dia masih kecil, takut kulitnya terjejas," katanya.

Walaupun tidak ditahan di hospital, kaki anaknya masih berbalut hingga kini.

Nurul Adawiyah berkata rumah pusaka peninggalan arwah bapa mentuanya yang diduduki sejak sembilan tahun lalu musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.

"Kini kami lima beranak menumpang di rumah emak saya, juga di Kampung Kuala Sungai Baru. Saya pilih tinggal jauh dari stesen LRT (Transit Aliran Ringan) sebab anak-anak trauma... bunyi guruh atau tren pun buat mereka teringat kejadian itu," katanya.

Menurutnya beliau berhasrat membina semula rumah di tapak sama sebaik kawasan itu diisytiharkan selamat.

"Tanah tu peninggalan arwah... satu-satunya kenangan keluarga suami saya," katanya sebak.

Nurul Adawiyah yang mengusahakan warung makan berkata suami dan abang iparnya turut menanggung kerugian apabila dua bas termasuk bas 44 penumpang serta sebuah kereta sewa hangus dijilat api.

"Jumlah kerugian masih belum dapat ditaksir," katanya.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, api dari saluran paip gas marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mangsa Kebakaran Di Putra Heights Terima Kunci Rumah Sementara Rabu Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Warga Pakistan Terima  Penghargaan Selepas Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Berkenan Serah Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad