1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini
Berita Terkini
1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini
Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
KUALA LUMPUR - Insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights adalah simptom kepada masalah sistemik yang telah lama berakar dalam perancangan bandar.
Pengerusi Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan (NHRA), K Prakash berkata, aspek perancangan bandar di negara ini sejak sekian lana telah dibebani peningkatan mendadak dalam pembangunan kediaman berintensiti tinggi.
Menurut beliau, masalah itu berlaku secara berterusan, tanpa kawalan terhadap kepadatan dan kemampuan infrastruktur kawasan.
“Kebakaran itu bukan sahaja menyebabkan kerosakan fizikal kepada harta benda, tetapi turut mencetus trauma dan kebimbangan terhadap tahap keselamatan perumahan di kawasan bandar yang padat.
“Insiden ini seharusnya membuka mata semua pihak bahawa pembangunan perumahan jika tidak dirancang secara menyeluruh dan mampan, boleh membawa kesan buruk yang jauh lebih besar daripada jangkaan,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.
K Prakash
Jelas Prakash, trend pembangunan pesat dapat dilihat di majoriti kawasan bandar, termasuk Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong yang dipenuhi pangsapuri bertingkat tinggi.
“Namun, apa yang sering terlepas pandang ialah sama ada kawasan tersebut benar-benar mampu menampung jumlah penduduk tambahan secara selamat dan berdaya huni.
“Kesan negatif akibat kepadatan penduduk yang melampau kini semakin ketara, antaranya tempat letak kereta yang tidak mencukupi, mengakibatkan parkir haram yang menjejaskan laluan kecemasan dan akses kepada kenderaan penyelamat,” katanya.
Beliau menarik perhatian, kesesakan lalu lintas harian ini menjejaskan produktiviti dan memburukkan kesihatan mental penduduk.
“Tekanan melampau terhadap fasiliti awam seperti klinik kesihatan, hospital dan sekolah pula menyebabkan perkhidmatan menjadi perlahan dan tidak efisien,” katanya.
Dalam hal ini jelas Prakash, kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan tegas dan berasaskan data dalam menangani isu tersebut.
“Antara langkah yang perlu diberi keutamaan termasuk kajian impak kepadatan sebagai syarat wajib serta audit infrastruktur keselamatan dan utiliti.
“Pihak berkuasa juga perlu meletakkan had pembangunan di zon padat dan mewujudkan pelan tambahan kemudahan awam,” katanya. - Getaran, 22 April 2025
Berita Berkaitan
1
Semasa2 bulan yang lalu
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan
2
Semasa1 tahun yang lalu
Mangsa Kebakaran Di Putra Heights Terima Kunci Rumah Sementara Rabu Ini
3
Semasa1 tahun yang lalu
Tragedi Putra Heights: Ibu Cedera Tumit, Lutut, Anak Melecur Ketika Selamatkan Diri
4
Semasa1 tahun yang lalu
5 Warga Pakistan Terima Penghargaan Selepas Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas
Langgani Berita Terkini
Dapatkan berita generasi baharu. Ambil tahu kisah kejadian terkini dengan segera.
Sorotan
1
Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring
2
PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon
3
Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan
4
Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah
5
Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000
6
Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang
Popular Sekarang
Singapura22 jam yang lalu
Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti
Semasa22 jam yang lalu
Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati
Semasa1 hari yang lalu
Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati
Semasa4 hari yang lalu
Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan
Disyorkan untuk anda
Singapura22 jam yang lalu
Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti
oleh Sophia Ahmad
Semasa1 hari yang lalu
Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000
oleh Sophia Ahmad
Politik1 hari yang lalu
‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin
oleh Sophia Ahmad
Semasa8 jam yang lalu
Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan