web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2026 6:33PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia di sini awal pagi tadi, memusnahkan 1,000 rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata kebakaran melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar dan keadaan laut surut menyukarkan usaha mendapatkan bekalan air terbuka bagi operasi pemadaman.

"Operasi menggunakan sumber air daripada pengangkut air, pili bertekanan milik Kilang IOl serta air laut. Pasukan bomba menggunakan empat aliran hos sepanjang 1,000 kaki serta 12 pancutan air bagi pemadaman api.

"Jentera Fire Rescue Tender (FRT) BBP Kinabatangan turut membantu operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos sepanjang 400 kaki dengan empat pancutan air," katanya dalam kenyataan di sini.

Jimmy berkata operasi pemadaman kebakaran tamat pada 12 tengah hari tadi dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.32 pagi.

Sementara itu Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Walter Kenson berkata sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, iaitu di Sekolah Kebangsaan Gas pada 11 pagi, selepas PPS Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi pada 7 pagi tadi.

Walter berkata PPS dibuka setelah pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas didapati tidak selamat untuk didiami, selain pihaknya telah mengeluarkan pengisytiharan bencana kebakaran di daerah itu susulan kejadian tersebut.

Maklumat tidak rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menunjukkan setakat 10.30 pagi, PPS Dewan PPR Batu Sapi merekodkan pendaftaran 143 ketua isi rumah membabitkan 661 mangsa.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih menjalankan proses pendaftaran mangsa. -,BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

63 Rumah Setinggan Diroboh Dalam Operasi Bersepadu Di Kota Kinabalu

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad