web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2025 12:56PM

Kebakaran yang mengorbankan datuk dan dua cucunya tengah malam tadi - Gambar JBPM Labuan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Seorang datuk dan dua cucunya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Lazenda Villa 2, Kerupang di sini tengah malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Morris Chong Hoon Cheung, 65, yang dijumpai maut di dapur, serta dua beradik Shahwin Kind Chong Shahmioon, 11, dan Shayviann Kyrona Ruby Chong Shahmioon, 8, yang tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.27 tengah malam dan mengerahkan tiga jentera dan satu unit EMRS ke lokasi.

"Sebaik tiba, api begitu marak dan merebak dengan pantas. Bomba sedaya upaya mengawal kebakaran dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam rumah itu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata terdapat sembilan penghuni di dalam rumah terbabit terdiri daripada dua warga emas, dua dewasa dan empat kanak-kanak serta seorang bayi berusia 12 bulan.

"Anggota bomba berjaya membawa keluar empat kanak-kanak yang tidak sedarkan diri, namun dua daripadanya meninggal dunia manakala dua lagi yang berusia 12 dan 13 tahun cedera dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya.

Abdul Rahman berkata mangsa yang terselamat ialah seorang warga emas berusia 61 tahun, dua dewasa berumur 32 dan 35 tahun serta bayi 12 bulan.

"Bayi itu berjaya diselamatkan oleh jiran mereka," katanya dan menambah pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran