web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2024 8:24AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Lawatan kerja singkat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun yang berakhir pada Jumaat dilihat memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara matahari terbit itu.

Lawatan kerja kali ini juga berjaya meraih potensi pelaburan baharu bernilai RM1.45 bilion dan eksport berjumlah RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun, kata Anwar kepada wartawan Malaysia pada sidang media bagi mengakhiri siri lawatan ke Jepun, semalam.

"Kita mengalu-alukan pelaburan syarikat Jepun daripada sektor elektrik dan elektronik, robotik, kimia dan petrokimia, ekonomi digital, tenaga boleh baharu dan teknologi hijau," kata Anwar.

Lawatan itu, yang bertujuan untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei), juga susulan penaiktarafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.

Pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya, Fumio Kishida, turut mengukuhkan kerjasama Kuala Lumpur-Tokyo dalam peralihan tenaga, tenaga boleh baharu serta pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Jepun turut menyumbang sebanyak JPY400 (RM12.03 juta) melalui Bantuan Rasmi Keselamatan (OSA).

"Kita mengalu-alukan lawatan teknikal oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) pada Julai ini yang terdiri daripada pakar industri dan pemain industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE)," kata Anwar.

Dari segi pendidikan, Anwar berkata pendaftaran kumpulan pertama pelajar di Kampus Cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia adalah pada September 2024 manakala Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknikal Malaysia (UteM) Melaka kini sedang merundingkan kerjasama dengan Universiti Waseda.

Penubuhan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia melakar sejarah tersendiri kerana ia adalah kampus cawangan universiti awam Jepun yang pertama ditubunkan di luar negara berkenaan.

Turut mengiringi Anwar ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad