web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 8:16PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengarahkan platform dalam talian, Lazada supaya memadamkan kandungan iklan dan menghentikan penjualan produk 'Kingu Ginseng Candy' berkuat kuasa serta merta.

Menurut KKM, ia susulan siasatan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) yang mendapati produk itu mengandungi tadalafil seperti yang didakwa oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).

"Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan media massa mengenai nasihat yang dikeluarkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) terhadap pembelian gula-gula ginseng dari Malaysia iaitu 'Kingu Ginseng Candy' yang dikesan mengandungi tadalafil.

"Hasil siasatan juga mendapati label produk tersebut tidak mematuhi kehendak-kehendak pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tiada nama dan alamat pengilang atau pembungkus atau pengedar atau empunya hak untuk mengilang atau pengimport.

"Sehubungan itu, pihak Lazada telah diarahkan untuk memadam kandungan iklan dan penjualan produk tersebut serta merta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga menyebut, tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk. 

"Ubat-ubat yang mengandungi tadalafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.

"Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan kesihatan serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung," katanya.

Sementara itu, menurut KKM, pihaknya sentiasa memantau  status keselamatan produk-produk di pasaran, termasuk produk makanan yang disyaki diaduk dengan racun berjadual termasuk tadalafil.

Katanya, sejak 2018,  daripada 1,575 sampel produk yang diambil kerana disyaki mengandungi racun berjadual, sebanyak 32 sampel didapati mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan di bawah Peraturan- Peraturan Makanan 1985. 

Oleh itu, tindakan penguatkuasaan sudah diambil ke atas syarikat dan produk terlibat.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya

Sehubungan itu, mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk itu diarah untuk menghentikan serta- merta penjualan produk berkaitan.

"Semua platform e-dagang dan media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran kandungan iklan makanan tersebut serta merta.

"Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini pula perlu menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan," katanya. - Getaran, 15 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 9 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad