web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 9:19PM

Fahmi Fadzil (empat, kiri) dan Perdana Menteri (tengah) pada majlis perasmian pembukaan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Mesyuarat mengenai model dwirangkaian 5G dijangka diadakan minggu depan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menurutnya, beliau telah meminta supaya pasukan petugas bersama mengenai 5G untuk mengadakan pertemuan dan melaksanakan perbincangan mengenai perkara itu.

"Kita perlu mengadakan mesyuarat itu terlebih dahulu dan menilai situasi semasa. Kami jangka mesyuarat ini diadakan minggu depan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) BlackBerry oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Fahmi berkata beliau bersama-sama wakil daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Digital akan mengadakan perbincangan mengenai dwirangkaian 5G.

Menurutnya Kementerian Digital menyelia aspek harian pengendalian Digital Nasional Bhd (DNB) manakala Kementerian Komunikasi memberikan tumpuan terhadap landskap keseluruhan berkaitan spektrum, infrastruktur dan menara.

Pada 3 Mei 2023, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan dwirangkaian 5G sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB telah mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Keputusan itu bertujuan untuk menghapuskan monopoli dan menggalakkan persaingan.

Pada 10 Januari lepas, perkhidmatan rangkaian 5G dilaporkan telah mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 31 Dis 2023, melepasi sasaran 80 peratus yang ditetapkan.

Mengenai CCoE Blackberry, Fahmi menegaskan bahawa penambahbaikan dalam keselamatan siber akan memberikan sumbangan positif kepada ekonomi digital.

Katanya CCoE akan membantu merealisasikan sasaran Malaysia untuk melahirkan 25,000 profesional keselamatan siber.

"Landskap keselamatan siber Malaysia diperkukuh dengan ketara bukan sahaja menerusi latihan malah melalui usaha berterusan, dengan teknologi terkini melibatkan Al (kecerdasan buatan) generatif dan Al ramalan," katanya.

Fahmi berkata CCoE adalah antara hasil daripada perjanjian yang dimeterai pada November tahun lepas semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco.

Menurutnya, dengan memanfaatkan pengalaman BlackBerry selama lebih 35 tahun, CCoE dijangka dapat diintegrasikan dengan universiti dan institusi untuk membantu meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan siber.

Pusat itu dilengkapi dengan beberapa kurikulum yang akan dimulakan dengan peringkat paling asas dan dijangka berupaya mengadakan kursus kepada pakar keselamatan siber menjelang awal tahun depan, katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad