web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 9:54AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) optimis dapat mengemukakan cadangan dan perincian bagi mencari penyelesaian isu padi dan beras negara pada 20 Mac ini seperti yang diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, KPKM akan bekerjasama dengan kementerian lain untuk mendapatkan pandangan sebelum memuktamadkan sebarang cadangan.

"Isu padi dan beras, kita tidak boleh bertindak silo, bukan saja KPKM, ia mesti dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kerana sebarang pengumuman itu bersangkut dengan beberapa kementerian lain.

"Sebab itu bila kita nak buat sesuatau macam apungkan harga ayam, kita berbincang termasuk dengan penternak, pengedar, penjual dan akhirnya baru diumumkan kita apungkan harga ayam.

"Jadi, semua pihak dalam pengetahuan mereka. Begitu juga dengan harga beras, ia lebih rumit kerana bersangkut dengan beras import, beras putih import, beras putih tempatan, beras beriani (basmati) dan sebagainya," katanya kepada media selepas menghadiri Simposium Peladang Muda Nasional 2024 Sempena Ulang Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke-51 di sini malam tadi.

Mohamad berkata, KPKM akan mengadakan perbincangan bersama agensi-agensi terlibat terlebih dahulu, sebelum turun ke bawah untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan seperti pesawah, pengilang dan sebagainya.

"Ada yang tanya, adakah selesai segala-galanyanya 20 Mac ini? Tidak, ini langkah awal dan kita akan lihat dari pelbagai aspek," katanya.

Jumaat lalu, Anwar dalam kenyataan telah meminta KPKM untuk mengetuai dan menyelaras sesi libat urus mengenai isu padi dan beras secara lebih terperinci dan sesegera mungkin.

Beliau berkata, libat urus berkenaan perlu mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan serta kesan kepada pengguna.

Ahad lalu, Anwar juga berkata, KPKM dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi tempoh hingga 20 Mac untuk memuktamadkan isu berkaitan harga padi dan beras.

Sementara itu, Mohamad berkata, peladang muda perlu sentiasa cakna dengan dasar kerajaan terutamanya yang melibatkan sektor pertanian.

Beliau berkata, banyak bentuk bantuan, insentif dan program telah diperkenalkan oleh kerajaan menerusi KPKM dalam usaha menggalakkan golongan muda untuk terlibat dalam sektor berkenaan.

"Selain bantuan bersifat kewangan, kerajaan juga menyediakan banyak latihan dan khidmat nasihat membabitkan golongan muda bagi menimba pengetahuan dan kemahiran dalam industri pertanian.

"Segala bentuk insentif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan akan jadi sia-sia sekiranya golongan muda tidak cakna mengenainya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kartel Atau Mafia Tentukan Harga Padi, Beras Dan Benih - KPKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bincang Harga Selepas India Lulus Eksport 170,000 Tan Beras Ke Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar