web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kartel Atau Mafia Tentukan Harga Padi, Beras Dan Benih - KPKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 8:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan dakwaan kewujudan kartel atau 'mafia'  yang menentukan harga padi, beras dan benih padi di negara ini.

KPKM dalam kenyataan menjelaskan industri padi dan beras negara dikawal selia oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB) melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan menerusi akta itu, kementerian melaksanakan aktiviti kawal selia melalui pelesenan dan penguatkuasaan untuk memastikan industri padi dan beras berkembang secara sihat dan teratur.

"Akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras dalam mengeluarkan lesen dan permit bagi urus niaga padi dan beras meliputi pengilangan, pemborongan, peruncitan, import atau eksport dan pemindahan antara negeri," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan pengeluaran sebanyak 39,000 pelbagai lesen seperti lesen borong beras, lesen eksport, lesen import, lesen kilang padi, lesen membeli padi, lesen beras runcit dan kelulusan khas menjual benih padi bagi benih padi sah (BPS) jelas menunjukkan tiada kartel atau mafia yang dimaksudkan wujud dan mampu memonopoli industri padi dan beras.

"Bagi BPS pula, KPKM memperuntukkan sebanyak 72,000 tan metrik BPS bagi memenuhi keperluan pesawah bagi 2023.

"Lesen pengilangan benih padi sah ini juga diberi kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membekalkan benih padi kepada pesawah. Pengesahan BPS melalui ujian makmal dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, KPKM memberitahu pihaknya melaksanakan Task Force Operasi BPS pada 7 hingga 21 Nov tahun lepas dalam usaha memastikan semua peruncit menjual BPS mengikut harga ditetapkan kerajaan dan tiada sebarang unsur penyorokan BPS.

Melalui operasi berkenaan, KPKM menarik balik sebanyak 22 lesen penjualan BPS milik peruncit yang melanggar syarat lesen.

"KPKM memberi peringatan kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam isu ini.

"Tindakan tegas akan diambil seperti pembatalan lesen sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang," menurut kenyataan itu.
Para pesawah dan pengguna juga dinasihatkan supaya menyalurkan aduan atau maklumat secara rasmi kepada KPKM, jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang melalui portal aduan KPB iaitu https://skpb.kpkm.gov.my/adu atau [email protected] atau menerusi talian 03-88701751/1748/1183.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia Marzukhi Othman dilaporkan mendakwa wujudnya kartel atau "mafia" padi yang dimonopoli empat hingga lima syarikat besar sejak sekian lama dan telah mencorak hala tuju industri padi negara sehingga tercetusnya isu benih padi yang berlarutan setiap musim serta masalah bekalan beras.
- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bincang Harga Selepas India Lulus Eksport 170,000 Tan Beras Ke Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar