web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Bincang Harga Selepas India Lulus Eksport 170,000 Tan Beras Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 8:46PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada gimik pra pelancaran Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2023 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengadakan perbincangan termasuk berkaitan harga susulan pengumuman Kerajaan India yang meluluskan eksport 170,000 metrik tan beras putih bukan Basmati ke Malaysia. 

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beberapa perkara perlu diperincikan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut. 

“Kita akan lihat dahulu berapa harganya sebelum buat apa-apa perubahan di Malaysia kerana ini baharu di peringkat persetujuan, akan ada peringkat seterusnya iaitu rundingan harga dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Prapelancaran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2023 di sini, hari ini. 

Semalam, Kerajaan India meluluskan eksport 170,000 tan metrik beras putih bukan Basmati kepada Malaysia sebagai tanda persahabatan istimewa antara kedua-dua negara. 

Menurut Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, keputusan itu juga mencerminkan hubungan rapat antara India dan Malaysia dan selaras dengan dasar berterusan India untuk menyokong usaha kerajaan di negara-negara sahabat dalam menjaga keterjaminan makanan domestik. 

Keputusan untuk membenarkan peruntukan khas beras putih ke Malaysia telah dimaklumkan oleh Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar kepada Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui panggilan telefon pada hari yang sama. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad