web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 1:09PM

Perdana Menteri ketika berucap dalam Program Jualan Termurah MADANI - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu harga kawalan beras, akan menjadi salah satu agenda utama pada Mesyuarat
Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), minggu depan.

Beliau berkata mesyuarat yang sepatutnya bersidang lebih awal, ditangguhkan ke minggu depan bagi memasukkan hal yang lebih mendesak seperti harga kawalan beras.

"Kita tangguh mesyuarat NACCOL ke minggu depan, di mana kita akan putuskan secara muktamad tentang harga beras yang dikawal.

"Walaupun ia (harga) tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangkan jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan mereka," katanya ketika berucap dalam Program Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda, di sini hari ini.

Anwar turut mengingatkan 'orang tengah', agar tidak mengambil keuntungan yang terlalu tinggi kerana ini akan menyebabkan harga di pasaran melambung.

Perdana Menteri berkata, isu geopolitik yang berlaku di Terusan Suez turut memberi tekanan kepada harga barangan sehingga mempengaruhi perdagangan global.

"Kita faham tindakan Houthi di Yaman, tapi ini juga menyebabkan kos naik. Laluan ini terhalang disebabkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman Israel dan perang di Gaza.

"Namun kita tidak akan jadikan ini alasan dan kerajaan Malaysia akan mencari jalan sedaya upaya untuk kurangkan beban rakyat melalui inisiatif seperti Jualan Rahmah dan Jualan Termurah MADANI, selain memberi suntikan melalui bantuan-bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan eBelia Rahmah," katanya.

Terdahulu Perdana Menteri mengadakan tinjauan dan menyantuni peniaga serta pengguna di Jualan Termurah MADANI dan turut melancarkan jualan beras putih MADANI
pada majlis tersebut.

Beras putih MADANI bungkusan 10 kilogram, dijual pada harga RM30 dan lebih 1,000 bungkusan dijual pada program hari ini.

Anwar berkata, harga jualan itu jauh lebih murah berbanding di pasaran, kerana platform seperti ini mengurangkan peranan orang tengah, sekali gus harga barangan boleh dikurangkan jika masalah pemasaran dan keuntungan berlebihan orang tengah boleh diselesaikan.

"Inflasi kita secara umumnya rendah tapi rakyat masih mengeluh, oleh itu kita mesti cari jalan sedaya upaya untuk mengurangkan tekanan mereka," katanya yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu mengenai kenaikan gaji penjawat awam, Anwar sekali lagi menegaskan kajian itu akan diselesaikan tahun ini.

"Tahun ini saya dok (tengah) kaji nak naikkan juga gaji penjawat awam, sebab apa sudah sudah 10 tahun hingga 12 tahun tak naik-naik, nak ambik duit daripada mana, naik gaji nak suruh naik..yang rompak terus rompak.

"Saya minta kawan-kawan faham kenapa saya tak mau tolak ansur, hang maki lah serang lah saya...saya tak tolak ansur untuk bersihkan negara dari perompak-perompak besar ini," katanya.

Anwar berkata, beliau mempunyai peranan besar untuk membersihkan negara daripada rasuah dan sekiranya perkara itu berjaya dilaksanakan, manfaatnya akan dikembalikan kepada rakyat.

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan berkata hasil kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad