web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Individu Kasari Anggota JPJ Sudah Dijatuhi Hukuman - Pengarah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 4:52PM

Lelaki yang mengasari anggota JPJ ini sudah dijatuhkan hukuman penjara dan denda - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kejadian memaparkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikasari individu menaiki lori yang tular di media sosial sejak semalam, sebenarnya berlaku pada November lalu dan pelaku juga sudah dijatuhkan hukuman. 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Aman Shah Hashim berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.04 petang di Jalan Tasik Darul Aman di Jitra. 

Pada awalnya kata beliau, lori jenis 'Luton' jenama Nissan tersebut telah diarahkan berhenti namun pemandunya enggan memberi kerjasama.

"Selepas lori itu berhenti, pihak terlibat telah melalukan kekerasan jenayah dan menghalang penjawat awam melakukan tugas. 

"Pemeriksaan awal menemukan tiga kesalahan dilakukan iaitu lesen kenderaan motor (LKM) dan perakuan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang telah tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans,” katanya.

Menerusi video berdurasi 1 minit 24 saat yang tular sejak malam tadi, lori tersebut dilihat diekori anggota JPJ sebelum berhenti di sebuah premis. 

@getaranmy

Aduh Bang, kalau tak puas hati ke apa bawak berbincang bertumbuk bukan penyelesaian, dengan JPJ pun berani betul tu. #getaranmy #viral #berita #terkini #semasa #trending

♬ original sound - Getaran

Terdapat dua lelaki keluar dari lori terbabit namun seorang daripada mereka dilihat mengasari anggota JPJ berkenaan. 

Susulan kejadian itu Aman Shah berkata, satu laporan polis dibuat oleh anggota bertugas. 

"Pihak terlibat kemudiannya ditahan polis dan dia didakwa di Mahkamah Majistret Jitra mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan. 

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari serta denda RM4,000 kepada individu berkenaan yang juga peniaga berusia 24 tahun pada 27 November lalu," katanya. 

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang video tanpa mengetahui kesahihannya hingga mencemarkan imej perkhidmatan awam. 

"Selain itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugasan berdasarkan peruntukan undang-undang ditetapkan," katanya. - Getaran, 3 Januari 2024  

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Semasa 5 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

3

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad