web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pergaduhan Di Stadium MBPJ, Polis Tahan 23 Lelaki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Nov 2023 8:05PM

Sebuah kereta rosak dalam susulan pergaduhan antara penyokong sebelum aksi Liga Super antara Selangor FC dan Perak FC di Stadium MBPJ, semalam. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 23 lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini petang semalam, sebelum aksi Liga Super antara Selangor FC dan Perak FC.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua individu berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan dua bas dipercayai membawa penyokong bola sepak kira-kira 5 petang di kawasan stadium berkenaan.

“Tangkapan dilakukan susulan kejadian lima individu berusia 19 hingga 22 tahun dipukul kira-kira 4.50 petang iaitu sebelum perlawanan bola sepak itu berlangsung.

“Kumpulan individu terbabit juga telah merosakkan empat kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir bersebelahan stadium dan seorang mangsa mengalami patah tangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hussein berkata, siasatan awal mendapati kumpulan individu terbabit dipercayai mempunyai niat untuk membuat kecoh dengan merosakkan harta benda dan mencederakan penyokong pasukan bola sepak secara rambang.

Beliau berkata, empat daripada 23 lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah serta jenayah, manakala seorang lagi memiliki rekod dikehendaki berkaitan kes bunuh selain 12 lelaki positif dadah hasil saringan air kencing dilakukan.

Kesemua individu berkenaan direman hingga Rabu ini untuk siasat lanjut mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semalam tular menerusi media sosial video berdurasi 44 saat dan tiga keping gambar memaparkan pergaduhan sekumpulan individu serta kenderaan yang rosak akibat pergaduhan yang berlaku di Stadium MBPJ sebelum perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC berlangsung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar