web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


9 Lokaliti Seluruh Negara Dikenakan PKPD Bermula Sabtu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 7:04PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan lokaliti di seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 11 Jun bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga daripada lokaliti terlibat adalah dalam mukim Sitiawan di daerah Manjung, Perak melibatkan kawasan Sitiawan, Seri Manjung dan Ayer Tawar.

Beliau berkata dalam tempoh 10 Mei sehingga 23 Mei lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 135 kes positif COVID-19 di mukim Sitiawan yang menyumbang kepada 58.7 peratus kes di daerah Manjung.

“Berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam kawasan berkepadatan tinggi serta jangkitan dalam komuniti di mukim ini melibatkan Pekan Sitiawan, Pekan Ayer Tawar, Pekan Kampung Koh, Pekan Pasir Panjang dan Bandar Seri Manjung,” katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Ismail Sabri berkata tiga lagi lokaliti yang dikenakan PKPD adalah Bandar Triang, Pekan Kemayan dan Gugusan Mendi di Bera, Pahang, selepas 76 kes positif COVID-19 direkodkan hasil daripada 1,258 ujian saringan oleh KKM di daerah berkenaan.

Ismail Sabri juga memaklumkan turut dikenakan PKPD adalah mukim Kuala Berang di Hulu Terengganu, setelah KKM mendapati berlaku peningkatan kes amat ketara dalam masa singkat apabila sebanyak 37 kes positif direkodkan hasil daripada 213 ujian saringan.

“Pada masa sama, berlaku penularan kes di semua lokaliti dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dua lagi lokaliti yang dikenakan PKPD adalah di Sabah melibatkan Kampung Baru Durok, Keningau dan Kampung Mook, Kinarut, Papar.

“Di Kampung Baru Durok, KKM melaksanakan 158 ujian saringan dan 28 kes positif direkodkan, manakala di Kampung Mook, Kinarut sembilan kes positif dikesan hasil daripada 35 ujian saringan,” katanya sambil menambah prosedur operasi standard (SOP) kesemua PKPD sama seperti diumum sebelum ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata dalam tempoh lima hari sehingga hari ini, sebanyak 941 kesalahan gagal merekodkan butiran diri atau mendaftar ketika memasuki mana-mana premis dikesan menerusi Operasi Pematuhan SOP sepanjang pelaksanaan PKP 3.0.

Beliau berkata kesalahan tiada penjarakan fizikal turut mencatatkan peningkatan kes dalam tempoh sama iaitu secara kumulatif sebanyak 767 kes direkodkan.

“Semalam, 724 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 712 individu dikompaun manakala 12 direman,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

4

Politik 2 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad