web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 8:18PM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap pada sidang media khas berhubung status COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang mengulangi sekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan kes COVID-19 ketika ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Buat masa ini, kita tak cakap tentang mengulangi PKP, sebab ada yang mula bertanya dalam ciapan X, banyak kegusaran di situ,” katanya dalam sidang media berhubung status COVID-19 terkini di sini, hari ini.

Beliau berkata, keadaan semasa di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada susulan pengukuhan Pelan Pengurusan COVID-19 Kementerian Kesihatan (KKM) yang menggariskan lima strategi utama.

Ia termasuk pengesanan awal kes COVID-19 dan varian SARS-CoV-2, pemerkasaan komuniti menerusi amalan TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan) serta pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik menerusi aplikasi MySejahtera.

“Pengesanan awal contohnya sistem amaran awal atau Heightened Alert System yang sentiasa kita pantau dan survelan sentinel di seluruh negara seperti ILI (Influenza Like Illness) dan juga survelan persekitaran air kumbahan dalam komuniti dan pintu masuk antarabangsa,” katanya.

Kes COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Disember adalah sebanyak 20,696 kes iaitu peningkatan 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49.

Dzulkefly berkata, majoriti kes atau kira-kira 97 peratus adalah kategori satu (tiada gejala) dan dua (gejala ringan), dengan sebanyak 28 kes kematian dilaporkan.

Menurut Dzulkefly, KKM dan agensi bukan KKM seperti hospital pengajar, hospital tentera dan fasiliti swasta juga bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan jumlah kedatangan dan kemasukan pesakit ke wad.

“Kami bersedia untuk itu akan kemungkinan peningkatan mendadak atau ledakan seperti itu. KKM juga sedang pantau rapi kapasiti hospital menerusi unit pengurusan katil dan dari segi rawatan pesakit,” katanya.

Beliau turut menyarankan golongan komorbid seperti mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, diabetes dan kanser supaya melakukan ujian kendiri COVID-19 sekiranya bergejala dan melaporkannya dalam aplikasi MySejahtera. 

Dzulkefly berkata, angka kes dan kematian menjadi tidak sah sekiranya warga Malaysia tidak melaporkan kes dalam MySejahtera.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan termasuk memakai pelitup muka di kawasan awam dan tertutup, mengelakkan kawasan sempit dan sesak serta mengambil vaksin COVID-19. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

2

Semasa 2 tahun yang lalu

54 Peratus Pegawai Perubatan Tinggalkan Sektor Awam Pada 2022

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Wujudkan Kawasan Khas Merokok Belum Dimuktamadkan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Asian Medtec 2024 Perkukuh Reputasi Malaysia Dalam Teknologi, Peranti Perubatan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad