web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Wujudkan Kawasan Khas Merokok Belum Dimuktamadkan - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 5:11PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syor bagi mewujudkan kawasan khas merokok khususnya di premis makanan yang mempunyai kawasan sempit masih belum dimuktamadkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa terbuka menerima pandangan dan cadangan orang ramai termasuk libat urus bersama pemilik premis dan penjaja seperti yang diadakan baru-baru ini.

"Itu adalah asal pandangan kami. Kita adakan libat urus dengan lebih 30 pemilik premis dan penjaja. Kalau ia (kawasan khas merokok) diminta, kami akan pertimbangkan dan melihat kepada praktikalnya atau kemunasabahan perkara itu dilakukan.

"Maksudnya kami mendengar, bukannya terlalu 'rigid'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Jawatankuasa Codex berkaitan Minyak dan Lemak (CCFO) sesi ke-28 di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, hasil pemerhatiannya semasa berkunjung ke premis makanan yang sempit dan terbuka mendapati individu tidak merokok seperti kanak-kanak, ibu mengandung serta warga tua berasa tidak selesa apabila terhidu asap rokok daripada perokok sekitar mereka.

"Cumanya, kalau kita mahukan tiga meter beri kelonggaran untuk merokok dilaksanakan, kita perlu beri ruang memandangkan Jalan Alor, Bukit Bintang (contohnya) (ketika) saya turun padang lihat sendiri, adalah hampir mustahil untuk kita laksana (jarak) tiga meter.

"Jadi bagi mereka yang mahu merokok di situ, duduk di situ beberapa jam, kami boleh pertimbangkan sebaiknya kewujudan ruang merokok dan ini tidak tertakluk pada Jalan Alor sahaja tetapi mana-mana situasi yang mempunyai kekangan melaksanakan ruang, kami akan pertimbangkan dengan syarat yang sangat ketat," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan KKM akan mempertimbang langkah menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit sepertimana dilakukan di negara maju seperti Singapura, Jepun dan Hong Kong.

Penekanan tersebut diberi kepada premis di kawasan sempit dan agak sukar mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

2

Semasa 2 tahun yang lalu

54 Peratus Pegawai Perubatan Tinggalkan Sektor Awam Pada 2022

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Asian Medtec 2024 Perkukuh Reputasi Malaysia Dalam Teknologi, Peranti Perubatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad