web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 12:20PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara institusi awam dengan pihak swasta dilihat dapat membantu mengatasi kekurangan petugas kejururawatan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, seperti dilaporkan BERNAMA, berkata pihaknya menunjurkan negara berdepan kekurangan jururawat hampir 60 peratus menjelang 2030 kelak.

Petugas kejururawatan itu diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.

"Saya menyokong hasil (kerjasama) daripada pihak swasta untuk sama-sama kita membangunkan bukan sahaja fasiliti-fasiliti kesihatan tetapi (juga) sumber manusia.

"Kita boleh bina hospital (secara fizikal) tetapi yang mustahaknya juga adalah kakitangan itu, bukan hanya doktor dan pakar tetapi juga sama penting, jururawat itu sendiri. Mutakhir kita mengalami kekurangan jururawat yang kritikal," katanya.

Dzulkefly berkata demikian selepas perasmian KL International Hospital Sdn. Bhd yang mempunyai kemudahan 624 katil di KL Wellness City Gallery di sini semalam.

Sementara itu, BH Online melaporkan, Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIH), bakal menyediakan kemudahan perubatan kepada golongan B40 sebaik memulakan operasi pada suku ketiga 2026.

Projek pembangunan membabitkan kos mencecah RM1 bilion itu, kata Dzulkefly, melengkapkan usaha kerajaan untuk menjadi pusat sehenti perubatan dan penjagaan kesihatan yang terkemuka di dunia.

"Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik inisiatif KL International Hospital Sdn Bhd untuk menyediakan kemudahan rawatan perubatan kepada golongan B40 membabitkan peruntukan RM2 juta.

"Sumbangan ini meningkatkan usaha kerajaan untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang boleh diakses kepada masyarakat kurang bernasib baik," katanya.

Beliau turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara KL Wellness City dengan enam kolej dan universiti membabitkan tajaan biasiswa bernilai RM25 juta untuk pendidikan kejururawatan di Malaysia.

Ia membabitkan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Kolej Perubatan Antarabangsa (IMC), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Adventist, Kolej Universiti Lincoln (LUC) dan Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Oriental Nilam. – Getaran, 3 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad