web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 12:27PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Mei 2023.

"Mahkamah mendapati tiada sebab untuk mahkamah ini mengusik dapatan Hakim Mahkamah Sesyen. 

"Oleh itu, sabitan dan hukuman perayu (Siti Bainun) adalah selamat dan dikekalkan. Rayuan perayu ditolak," kata hakim itu.

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13 dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

Wanita itu kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Siti Bainun Sekali Lagi Gagal Tangguh Hukuman Penjara 12 Tahun

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Keputusan Permohonan Siti Bainun Tangguh Hukuman Penjara Diketahui 23 Mei

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Abai Dan Aniaya Bella: Siti Bainun Dipenjara Berjumlah 22 Tahun

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Siti Bainun Didapati Bersalah Abai, Aniaya Bella

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad