web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Permohonan Siti Bainun Tangguh Hukuman Penjara Diketahui 23 Mei

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 8:55PM

Siti Bainun Ahd Razali, 31, memohon untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Mei untuk keputusan permohonan Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali bagi penggantungan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.

Hakim Datuk Ahmad Bache menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dan peguam Ahmad Faiz Munawar yang mewakili Siti Bainun selaku pemohon.

"Saya perlu meneliti hujahan kedua-dua pihak dan afidavit yang difailkan khususnya mengenai perubatan pemohon. Saya akan memberikan keputusan pada Selasa ini, jam 2.30 petang," kata hakim itu.

Siti Bainun, 31, memohon untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, peguam Ahmad Faiz Munawar yang mewakili Siti Bainun berhujah bahawa anak guamnya mempunyai penyakit hempedu selain tahap kesihatannya semakin merudum sejak dimasukkan ke dalam penjara pada 3 Mei lepas.

"Kami mohon penangguhan pelaksanaan hukuman ini dapat diberikan kerana semalam pemohon (Siti Bainun) ada mengadu tekanan darahnya meningkat," katanya yang turut mengendalikan kes itu bersama peguam Mohammad Farhan Maaruf.  

Sementara itu, Nor Azizah berkata tiada laporan terperinci yang menyatakan tahap kesihatan Siti Bainun semakin merosot.

"Pemohon telah ditawarkan doktor pakar untuk menerima rawatan namun dia menolak tawaran itu. Tambahan pula, kemudahan rawatan di penjara mencukupi dan jika ada implikasi boleh dirujuk kepada pakar perubatan.

“Oleh itu, tidak timbul isu pemohon tidak mendapat rawatan sewajarnya semasa berada dalam penjara," katanya dan menambah tiada keadaan khas untuk mahkamah membenarkan permohonan itu. 

Pada 3 Mei lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Wanita itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tersebut. 

Izralizam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam pemerhati iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar