web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2025 2:33PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meneruskan rakaman percakapan, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu, Khamis ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sesi rakaman percakapan kali ini, mengenai pengisytiharan harta yang dibuat bekas Perdana Menteri itu kepada SPRM mengikut Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009.

"Datuk Seri Ismail Sabri dipanggil semula ke SPRM untuk meneruskan rakaman percakapan beliau," katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-11 Tahun 2025 di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia, semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 3 Mac, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri ialah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah safe house, hasil serbuan SPRM.

SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun bank bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu mengenai isu pencerobohan tanah secara haram di Raub, Pahang, Azam berkata SPRM telah membuka kertas siasatan sejak 2021 dan akan meneruskan siasatan terhadap kesinambungan isu yang berlaku ketika ini.

"Saya telah pun mengarahkan SPRM Pahang untuk meneruskan siasatan dan kita akan melihat dua perkara, iaitu isu rasuah mengenai bagaimana penerokaan haram itu berlaku dalam tempoh tertentu dan kedua berhubung tatakelola yang diamalkan di pejabat (daerah) dan Pejabat Tanah dan Galian," katanya.

Pada 14 April, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan agar tanah di negeri berkendan tidak boleh diceroboh sewenang-wenangya dan tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada mereka yang terbabit.

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat apabila pekebun didakwa menunjukkan ketidakpuasan hati kerana tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang juga menafikan melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar