web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 1:41PM

Kementerian Kesihatan bakal mengumumkan prosedur operasi standard kesihatan berkaitan Covid-19 sebelum 12 Ogos ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU -- Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan berkaitan COVID-19 bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu selewat-lewatnya dua atau tiga hari sebelum tarikh pengundian pada 12 Ogos ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pihak KKM akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membincangkan SOP yang lebih spesifik semasa hari mengundi terutama membabitkan pengundi yang dijangkiti COVID-19.  

"Buat masa ini (kempen) kita kekal mengikut garis panduan sedia ada seperti yang dibincangkan sebelum ini, bagaimanapun untuk hari mengundi pihak KKM akan jumpa dgn SPR untuk SOP lebih spesifik terutama untuk mereka yang didapati positif COVID-19. 

"Perkara ini akan selesai segera sebelum hari mengundi dan kami akan umum dua, tiga hari sebelum mengundi (12 Ogos)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 2022 kepada 1,363 penerima di sini hari ini.

Sebelum ini, KKM menetapkan SOP COVID-19 yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai garis panduan PRN dan PRK, malah perbincangan bersama SPR dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dilakukan jika terdapat keperluan untuk pelaksanaan SOP baharu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu kekosongan jawatan doktor termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan perpindahan ke negeri, Dr Zaliha berkata seramai 675 pegawai perubatan kontrak yang sudah tamat latihan siswazah sudah ditempatkan di beberapa fasiliti di seluruh negara setakat ini.

Beliau bagaimanapun berkata seramai 1,150 pegawai perubatan kontrak lagi akan ditempatkan di beberapa fasiliti di seluruh negara mulai esok.

"Memang akan ada sedikit pengurangan jumlah doktor sebab kami dah pindahkan mereka tetapi akan segera diisi kerana kami akan pastikan bahawa perkhidmatan kesihatan seluruh negara tidak akan terjejas dan sedang agihkan ikut keperluan bagi setiap fasiliti," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

2

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kutip Deposit Antara Langkah Tangani Tunggakan Kos Perubatan Warga Asing

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad