web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 8:30AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 23 kes strok haba dilaporkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak awal tahun ini hingga Isnin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Dalam sidang media selepas majlis Ops Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 di sini semalam, beliau berkata, kes berkenaan dilaporkan di Kedah, Perak, Selangor, Sabah, Perlis dan Pahang.

"Kalau ikutkan keseluruhan untuk strok haba ini, buat masa sekarang kita ada sejumlah 23 kes dan ini berdasarkan (kes) yang datang ke fasiliti kita," katanya.

Daripada jumlah kes dilaporkan, Dr Muhammad Radzi berkata, hanya satu kes di Langkawi melibatkan pesakit dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU).

"Ada satu kes masuk ke ICU sehingga memerlukan bantuan pernafasan tetapi ia dapat diselamatkan sebab dia datang awal," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan diri daripada terdedah secara terus dengan cahaya matahari kerana cuaca ketika ini panas.

"Apa yang penting sekarang ini mengenai strok haba adalah ia sesuatu yang kita dapat elakkan. Formulanya senang sahaja iaitu kita perlu mengelakkan terdedah kepada haba tersebut.

"Katakanlah kita terpaksa juga pergi, anda kena mengambil langkah sebaiknya seperti guna payung, pakai baju yang menutupi badan semuanya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 13 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad