web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahmi Minta Liberal International Keluarkan Nama, Logo PKR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 12:24PM

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil sudah berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo PKR dikeluarkan daripada laman web organisasi itu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, buat masa ini, belum ada maklum balas daripada pihak berkenaan, dan beliau sekali lagi menegaskan PKR tidak pernah menjadi ahli kepada pertubuhan antarabangsa itu.

"Setakat ini belum ada (maklum balas) tetapi saya difahamkan mereka berpangkalan di London, jadi mungkin beza waktu, namun kita telah berhubung dan akan tunggu.

"Kita bukan ahli, kita tak pernah bayar apa-apa yuran keahlian kepada badan itu. Nama dan logo kita perlu dikeluarkan daripada laman web itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di sekitar Lembah Pantai, hari ini.

Fahmi berkata, sejak beliau memegang jawatan dalam PKR pada 2013 termasuk sebagai Pengarah Komunikasi dan Ahli Biro Politik dalam Majlis Pimpinan Pusat, PKR tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mengenai keanggotaan parti itu dalam Liberal International.

Secara lazimnya, beliau berkata, apabila sesebuah badan menjadi ahli kepada mana-mana organisasi, mereka akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan sebagai syarat keanggotaan, namun PKR tidak pernah terlibat.

"Tidak boleh dinafikan pihak Liberal International pernah datang ke Malaysia dan pernah mengeluarkan sama ada ucapan tahniah atas kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR), pernah mengadakan aktiviti termasuk dengan sekarang Yang Berhormat Datuk Wan Saiful Wan Jan daripada Perikatan Nasional, dalam beberapa aktiviti sebelum ini.

"Ia adalah badan yang berdaftar, mereka bebas untuk membuat sebarang aktiviti, dan kenyataan. 

"Tetapi PKR bukan sebahagian daripda Liberal International, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah hadir ke majlis atau program Liberal International atas jemputan, dan bukan sebagai ahli," katanya.

Fahmi berkata, Anwar juga pernah menjelaskan berkenaan perkara itu pada tahun 2020 selepas timbulnya dakwaan yang mengaitkan PKR dengan organisasi terbabit. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 6 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 30 minit yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar