web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Grab Tegas Tidak Sokong Keganasan, Netizen Desak Buat Pilihan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 4:31PM

Kenyataan media Grab Malaysia yang dimuat naik melalui media sosial. - gambar Grab Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengendali perkhidmatan e-hailing dan p-hailing terkenal negara, Grab Malaysia, bertegas bahawa pendirian syarikat itu pro-kemanusiaan.

Tanpa menyebut Palestin mahu pun Israel, kenyataan itu memaklumkan syarikat itu menyokong sebarang usaha ke arah keamanan serta pelaksanaan gencatan senjata.

“Grab tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan sebagai ahli United Nations Global Compact (UNGC), mendukung prinsip asas UNGC, yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” katanya.

Ia tampil memberi penjelasan terhadap satu hantaran yang mengaitkan seorang individu dikatakan pengasas syarikat terbabit sebagai pro-Israel.

Ia turut menyertakan kenyataan individu terbabit yang mendakwa hantaran Instagramnya sebelum ini sudah diambil luar konteks dan dikongsikan untuk menimbulkan kebencian.

Individu itu berkata, hantaran itu dibuat sebelum beliau memahami apa yang berlaku dengan Israel dan Gaza selain beliau juga berharap supaya gencatan senjata dapat dicapai.

“Saya berasa sedih dan berasa sangat tidak berdaya dengan kehilangan semua nyawa yang tidak berdosa,” kata individu terbabit.

Grab Malaysia berkata, individu berkenaan sudah menjelaskan ia adalah pandangan disuarakan melalui platform peribadi.

“Merujuk kepada penyebaran paparan tertentu dalam media sosial, individu berkenaan sudah pun menjelaskan ia adalah pandangan yang disuarakan menerusi platform peribadi serta diambil di luar konteks sebenar,” katanya.

Terdahulu seorang pengguna aplikasi X memuat naik satu hantaran yang menyebut pengasas Grab bersikap pro-Israel, selain mengajak untuk membuang aplikasi Grab yang diguna selama ini.

Beliau turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan hantaran peribadi individu terbabit bercuti di Israel serta maklumat syarikat terbabit.

Bagaimanapun, kenyataan Grab Malaysia itu mendapat kritikan pengguna media sosial yang rata-rata menyatakan mereka sudah membuang aplikasi berkenaan.

Malah, mereka juga kebanyakannya mengkritik pendirian berkecuali Grab Malaysia berhubung isu Palestin dan Israel dengan menyatakan ia sama dengan menyokong pembunuhan rakyat Palestin.

Biarpun Grab menutup ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial mengulang ciap hantaran melalui aplikasi X itu bagi meluahkan pandangan masing-masing. – Getaran, 3 November 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

5

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

6

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 minit yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad