web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Teliti Semula Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Ke Sekolah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 9:53PM

Fadhlina Sidek berkata KPM juga sedang meneliti untuk membolehkan anak-anak pelarian mendaftarkan diri ke sekolah melalui pindaan itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti untuk meminda peraturan kemasukan ke sekolah bagi memastikan akses pendidikan disediakan kepada kanak-kanak, termasuk bukan warganegara dan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. 

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 itu akan terpakai bagi kemasukan ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. 

“Pindaan ini akan memastikan akses pendidikan disediakan kepada kanak-kanak dalam negara ini, berpandukan perundangan sedia ada tanpa kompromi terhadap aspek kedaulatan dan perlembagaan negara.

“…ia termasuk kanak-kanak bukan warganegara, berstatus kewarganegaraan belum ditentukan dan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri yang selama ini tidak termasuk di bawah peraturan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung usul Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Fadhlina berkata KPM juga sedang meneliti untuk membolehkan anak-anak pelarian mendaftarkan diri ke sekolah melalui pindaan itu. 

Dalam pada itu, Fadhlina berkata KPM tidak akan bertolak ansur dan sentiasa proaktif menangani penyebaran ideologi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di sekolah.

Katanya, pelbagai program rentas kementerian berkaitan kesedaran dan pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif telah dilaksanakan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kementerian itu juga sentiasa memberi penekanan terhadap konsep ‘Karamah Insaniah’ dan ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik’ bagi membentuk akhlak, adab dan integriti pelajar di semua segmen pendidikan.

“Untuk makluman YB (Yang Berhormat), kita tidak kompromi dalam soal adab, akhlak dan juga budaya songsang,” tegasnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

SPM 2025: GPN Bertambah Baik, Jumlah Calon Cemerlang Meningkat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad