web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPM 2025: GPN Bertambah Baik, Jumlah Calon Cemerlang Meningkat

Pendidikan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2026 5:07PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di beberapa negeri menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan mencatatkan penambahbaikan dalam Gred Purata Negeri (GPN) serta peningkatan bilangan calon cemerlang.

Di PUTRAJAYA, Pengarah Jabatan Pendidikan Nadimin Abdul Aziz berkata pencapaian GPN ialah pada 3.31 mata berbanding 3.44 mata pada 2024.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Beliau berkata sebanyak 2,317 calon atau 99.19 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,506 calon layak mendapatkan sijil dengan 195 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu gred A+, A atau A- dalam semua mata pelajaran manakala 13 calon tidak hadir.

Di PULAU PINANG, sebanyak 750 calon peperiksaan memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil dengan 25 daripadanya mendapat semua A+ iaitu cemerlang tertinggi.

Pengarah Pendidikan Negeri Mohammad Dziauddin Mat Saad berkata sebanyak 16,545 calon daripada 17,933 orang calon (92.26 peratus) yang hadir menduduki SPM 2025 layak menerima sijil.

Di KEDAH, sebanyak 715 calon atau 2.81 peratus berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran berbanding 649 orang atau 2.62 peratus pada SPM 2024.

Pengarah Pendidikan Negeri Abdul Rahim Mat berkata sebanyak 29,993 calon telah mendaftar untuk SPM 2025 berbanding 28,933 calon pada 2024 iaitu pertambahan 1,060 orang bersamaan dengan 3.66 peratus.

Pencapaian keseluruhan berdasarkan GPN pula ialah 4.52 dengan sebanyak 24 calon berjaya memperoleh gred A+ bagi semua mata pelajaran.

Di PERLIS, Pengarah Pendidikan Negeri Rose Aza Che Arifin berkata calon SPM 2025 yang layak mendapat sijil merekodkan penurunan iaitu 94.36 peratus berbanding dengan 95.01 peratus pada 2024.

"Bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang iaitu gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran ialah 54 orang (1.67 peratus) pada SPM 2025 berbanding dengan 89 orang (2.96 peratus) pada 2024 yang menunjukkan penurunan 1.29 peratus," katanya.

Secara keseluruhan, Rose Aze berkata pencapaian calon SPM 2025 bagi negeri itu berdasarkan indeks GPN menurun iaitu 4.67 berbanding 4.57 pada tahun sebelumnya.

Di PERAK, Pengarah Pendidikan Negeri Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata pencapaian GPN meningkat kepada 4.49 berbanding 4.63 yang dicatat pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata sebanyak 1,008 daripada 28,058 calon memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran dengan 26 calon berjaya mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Pendidikan Negeri Khalidah Omar berkata GPN negeri menunjukkan paras cemerlang selepas mencatatkan indeks yang semakin baik iaitu 4.16 berbanding 4.18 pada 2024, sekali gus mengatasi gred kebangsaan 4.42.

Beliau berkata sebanyak 754 daripada 14,827 calon SPM 2025 berjaya memperoleh gred cemerlang bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

"Calon di luar bandar menunjukkan peningkatan prestasi lebih baik iaitu peningkatan 0.07 mata (4.28) pada SPM 2025 berbanding prestasi calon bandar yang kekal 4.14 mata. Perbezaan jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar pada 2025 dan 2024 juga kecil, iaitu 0.07 mata (0.21-0.14)," katanya.

Di MELAKA, sebanyak 10,881 atau 97.07 daripada 10,955 calon berjaya mendapat sijil SPM berbanding 10,532 (96.14 peratus) pada 2024, iaitu peningkatan sebanyak 0.93 peratus.

Pengarah Pendidikan Negeri Mahfudzah Mohamed Noor berkata sebanyak 390 calon (3.48 peratus) memperolehi gred cemerlang A dalam semua mata pelajaran dengan lapan daripadanya mencapai gred A+. 

Beliau berkata GPN Melaka bagi 2025 meningkat 0.17 mata kepada 4.26 mata berbanding 4.43 mata pada 2024, sementara bilangan sekolah yang mencapai 100 peratus layak menerima sijil sebanyak 24 daripada 76 sekolah.

Di SABAH, Pengarah Pendidikan negeri Datuk Raisin Saidin berkata sebanyak 605 calon memperoleh semua A dalam mata pelajaran dengan tiga daripada mereka mendapat semua A+.

"Secara keseluruhan, analisis keputusan peperiksaan SPM 2025 menunjukkan pencapaian memberangsangkan yang mencerminkan keberkesanan usaha berterusan KPM untuk memastikan sistem pendidikan negara kekal bermutu, inklusif dan memberikan peluang kepada semua calon di seluruh negara," katanya.

Di SARAWAK, pencapaian GPN meningkat kepada 4.79 berbanding 4.84 pada 2024, dengan 31,509 calon layak menerima sijil dan 853 calon memperoleh keputusan cemerlang.

Pengarah Pendidikan Negeri Omar Mahli berkata sebanyak 21,680 calon lulus semua mata pelajaran, meningkat berbanding 20,123 calon pada 2024.

"Prestasi ini disokong oleh jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar yang semakin mengecil kepada 0.59 pada 2025 berbanding 0.65 tahun sebelumnya, mencerminkan usaha berterusan meningkatkan akses dan kualiti pendidikan di seluruh negeri," katanya.

Omar berkata beberapa sekolah di kawasan pedalaman mencatatkan pencapaian cemerlang apabila mencapai 100 peratus kelayakan sijil SPM, termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telang Usan, SMK Tutoh Apoh dan SMK T. Datuk Lawai Jau di Baram; SMK Agama Igan dan SMK Batang Igan di Dalat; SMK Belawai di Daro; SMK Nanga Dap di Kanowit serta SMK Balleh di Kapit.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pendidikan negeri Megat Affandi Ismail berkata nilai GPN ialah 4.57 berbanding 4.61 pada 2024 yang merupakan rekod terbaik sejak 2014.

Beliau berkata bilangan calon yang mendaftar SPM 2025 sebanyak 16,194 calon manakala bilangan mereka yang menduduki peperiksaan 15,947 calon, meningkat 2.18 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah Layak Mendapat Sijil juga meningkat kepada 14,887 calon berbanding 14,494 calon pada 2024, sekali gus mengekalkan trend peningkatan selama lima tahun berturut-turut sejak 2021. 

Di PAHANG, Pengarah Pendidikan Ahmad Zamri Md Isa berkata sebanyak 671 calon SPM 2025 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 595 calon pada 2024.

Beliau berkata GPN 2025 pula mencatatkan 4.08 berbanding 4.23 pada tahun sebelumnya.

Di KELANTAN, Pengarah Pendidikan negeri Siti Norina Muhamad berkata pencapaian GPN ialah 4.60 berbanding 4.62 pada 2024, iaitu meningkat sebanyak 0.02.

"Bilangan calon yang mendaftar SPM 2025 sebanyak 26,072 orang dan daripada jumlah itu, 11 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu gred A+ dalam semua mata pelajaran," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad