web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Selatan Filipina: 19 Maut, Cetus Tsunami Kecil 

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2026 7:57PM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 19 maut manakala lebih 200 yang lain cedera apabila gempa bumi bawah laut berukuran magnitud 7.8 melanda selatan Filipina.

Bencana itu turut  menyebabkan kemusnahan besar di seluruh Mindanao, apabila bangunan dan  tanah runtuh, selain tsunami yang menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah.

Gempa yang berlaku pada jam 7.37 pagi waktu tempatan itu berpusat di luar pesisir Mindanao pada kedalaman kira-kira 33 kilometer, iaitu sekitar 32 kilometer barat daya bandar Maasim di wilayah Sarangani, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Pihak berkuasa mengesahkan amaran tsunami ditarik semula pada jam 3.19 petang waktu tempatan selepas hanya gangguan kecil paras laut direkodkan, dengan ombak tertinggi mencapai 1.48 meter.

Pegawai berkata ombak tersebut tidak cukup besar untuk menyebabkan kerosakan pantai yang serius.

Namun begitu, pakar seismologi memberi amaran, kawasan berkenaan masih berisiko dilanda gegaran susulan yang berpanjangan. 

Menjelang awal petang, sebanyak 218 gegaran susulan telah direkodkan, termasuk satu gempa berukuran magnitud 6.7, dan pakar menegaskan aktiviti seismik boleh berterusan selama beberapa hari, minggu atau bulan.

Pihak berkuasa menyifatkan gempa itu sebagai yang paling kuat melanda negara tersebut setakat tahun ini, sekali gus menggegarkan kawasan selatan yang padat penduduk.

Bandar General Santos, sebuah pusat ekonomi penting dengan lebih 700,000 penduduk serta pusat utama industri eksport tuna, mengalami antara kerosakan paling teruk apabila beberapa bangunan runtuh atau musnah, termasuk premis perniagaan kecil.

Pegawai mengesahkan sekurang-kurangnya tujuh kematian berlaku di General Santos, manakala kematian lain dilaporkan di Sarangani, South Cotabato, Davao Occidental dan Pulau Balut, kebanyakannya berpunca daripada runtuhan bangunan, tanah runtuh dan kegagalan struktur bangunan.

Menurut laporan AP, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, dengan terdapat laporan bahawa beberapa pelajar mungkin terperangkap dalam bangunan sekolah dua tingkat yang runtuh di General Santos. 

Sumber polis berkata sekurang-kurangnya 12 orang masih hilang di bandar tersebut.

Sekolah awam yang baru sahaja dibuka semula selepas cuti musim panas antara yang paling terkesan, dengan lebih 100 pelajar dilaporkan mengalami kecederaan ringan atau pengsan semasa perhimpunan pagi akibat panik.

Infrastruktur pengangkutan turut terjejas apabila Lapangan Terbang Antarabangsa General Santos ditutup sementara, dan 17 penerbangan domestik dibatalkan bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.

Ombak tsunami setinggi sekitar satu meter juga direkodkan di beberapa kawasan pantai, dengan gangguan lebih kecil dikesan sejauh Indonesia, Palau dan selatan Jepun. 

Pusat Amaran Tsunami Pasifik kemudian mengesahkan ancaman telah berakhir, dan pihak berkuasa Filipina seterusnya menarik balik semua amaran tsunami.

Rakaman video bencana itu boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/r/1EgcpBiH9n/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 8 Jun 2026

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 6 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

oleh Amirah Abu Bakar