web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

Pendidikan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2026 4:08PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Kerajaan menyalurkan insentif keseluruhan RM100,000 kepada setiap Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berada dalam kelompok lima sekolah terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, yang diumumkan baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata daripada jumlah itu sebanyak RM50,000 akan disalurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), manakala RM50,000 lagi oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahmad Zahid yang juga Menteri KKDW turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM650,000 kepada MRSM Tun Ghafar Baba, yang juga sekolah terbaik pada SPM 2025, bagi tujuan baik pulih infrastruktur dan fasiliti maktab.

"Keputusan SPM yang lepas mencerminkan kerja kuat kita semua. Lima MRSM berada dalam kelompok teratas 'Top 5' sekolah terbaik di Malaysia. Bilangan pelajar semua A+ meningkat kepada 85 orang.

"Dalam masa sama, MRSM Ulul Albab seperti MRSM ATM Bera dan MRSM Bagan Datuk walaupun masih baharu telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 15 terbaik negara," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian MRSM Dungun di sini hari ini. 

Turut hadir Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Untuk rekod, MRSM yang berada dalam kelompok lima sekolah terbaik negara pada SPM 2025 ialah MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Gemencheh, MRSM Taiping, MRSM Pengkalan Chepa, dan MRSM Kuala Kubu Bharu.

Dalam pada itu Ahmad Zahid menyeru semua warga MRSM untuk terus kekal cemerlang melalui pelbagai pendekatan termasuk memperkukuh kualiti akademik, dan penguasaan bidang strategik masa depan, pemerkasaan Program Ulul Albab, dan memperluas kerjasama strategik dengan alumni, industri, universiti dan rakan antarabangsa.

"MRSM menjadi satu nama besar dalam sistem pendidikan negara yang memberikan peluang untuk anak-anak di ceruk desa, daripada keluarga serba kekurangan untuk dapat bersama-sama mengambil peluang di 58 MRSM di seluruh negara dan menjadi sebahagian daripada lebih 260,000 alumninya," katanya.

Sementara itu, MRSM Dungun yang juga MRSM ke-58 di negara ini dan kelima di Terengganu, bertujuan membuka peluang pendidikan berkualiti kepada 750 pelajar khususnya dari kawasan luar bandar.

Institusi pendidikan MARA itu yang dibangunkan di kawasan seluas 28 hektar mula beroperasi pada 1 Disember 2025 dengan pengambilan pertama pelajar pada Januari lepas.

Setakat 28 Mac lepas, sebanyak 295 pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat telah memulakan pembelajaran di MRSM berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk 14 makmal Sains, dua makmal komputer dan bengkel Reka Bentuk dan Teknologi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad