web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemiskinan Antara Punca Utama Keciciran Pelajar Sekolah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 3:42PM

Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati terdapat pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk bekerja demi menanggung ekonomi dan kos sara hidup keluarga mereka - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemiskinan adalah antara punca utama keciciran pelajar, terutamanya di sekolah menengah, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying. 

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati terdapat pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk bekerja demi menanggung ekonomi dan kos sara hidup keluarga mereka.

“Ini adalah satu masalah sosial yang perlu kita tangani dan cari jalan bagaimana untuk menghadapinya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mengenai adakah kemiskinan menjadi punca keciciran pelajar dan apakah inisiatif kementerian untuk menanganinya.

Lim berkata antara langkah yang sedang diusahakan KPM adalah untuk mewajibkan semua pelajar untuk menghabiskan 11 tahun persekolahan iaitu bermula Tahun 1, di sekolah rendah hingga Tingkatan 5, di sekolah menengah.

Ketika menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh Muhammad Ismi berkenaan inisiatif KPM untuk membantu pelajar tercicir akibat kemiskinan, Lim berkata KPM telah memperluaskan pelaksanaan Sekolah Komprehensif 9 (K9) daripada 12 buah sedia ada kepada 17 sekolah.

“Matlamat utama sekolah K9 diwujudkan bagi menangani isu keciciran di kawasan pedalaman, terutamanya bagi murid menghadapi kesukaran untuk meneruskan pendidikan ke peringkat menengah atas faktor lokasi ke sekolah menengah yang jauh, bentuk muka bumi mencabar dan sosioekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata konsep itu turut diperluaskan menjadi Sekolah Komprehensif 11 (K11) bagi memberi akses pendidikan yang lebih menyeluruh kepada pelajar bermula Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

“Konsep K11 ini juga dijangka mampu mengurangkan kadar keciciran transisi murid daripada Tingkatan 3 ke Tingkatan 4 atau transisi peringkat pengajian menengah rendah ke menengah atas,” katanya.

Selain itu, Lim berkata KPM juga menyediakan sebanyak 18 jenis bantuan persekolahan untuk murid daripada keluarga berpendapatan rendah atau miskin antaranya Biasiswa Kecil Persekutuan, Rancangan Makanan Tambahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Bantuan Awal Persekolahan, dan Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform.

“Pelbagai bantuan seperti pinjaman buku teks serta khidmat guru bimbingan dan kaunseling dan guru pemulihan turut disediakan bagi menyokong minat murid untuk meneruskan persekolahan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad