web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Kemasukan Pesakit COVID-19 Ke Hospital Meningkat 26.2 Peratus - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 10:25PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan (KKM) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 26.2 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME 15/2023) iaitu dari 9 hingga 15 April 2023 berbanding minggu sebelumnya.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan komorbid namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa.

“Dari 1 Januari 2023 hingga 15 April 2023, kadar kes kematian (CFR) COVID-19 dilaporkan adalah 0.3 peratus (berbanding gelombang Delta dengan CFR yang tinggi iaitu sebanyak 2.1 peratus).

“Sebanyak 80.7 peratus melibatkan pesakit berumur 60 tahun dan ke atas manakala 82.6 peratus adalah dalam kalangan individu dengan komorbid,” menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan kematian pesakit yang tidak pernah divaksinasi adalah enam kali lebih tinggi berbanding pesakit dengan satu dos penggalak.

Berdasarkan data tahun ini setakat 17 April, hanya 50 peratus atau 16,327,196 penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus (819,150 individu) menerima dos penggalak kedua.

“Risiko kemasukan ke hospital dan keterukan gejala boleh dikurangkan dengan pengambilan dos penggalak.

“Justeru, orang ramai terutamanya individu berisiko tinggi disarankan untuk mendapatkan dos penggalak disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada dos terakhir,” katanya.

KKM turut mengingatkan rakyat Malaysia agar mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi membendung peningkatan jangkitan semasa musim perayaan walaupun negara berada dalam Fasa Peralihan COVID-19.

Masyarakat juga dinasihat untuk sentiasa mengamalkan TRIIS (Uji, Lapor, Asing, Maklum dan Dapatkan Rawatan) bagi individu yang bergejala dan sekiranya ujian COVID-19 didapati positif, individu tersebut perlu mengasingkan diri, kekal berada di rumah dan tidak menerima tetamu.

“Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka di kawasan sesak, sempit dan ramai orang bagi melindungi golongan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan komorbid atau imuniti rendah serta kanak-kanak daripada dijangkiti COVID-19,” katanya.

KKM turut mengingatkan orang ramai untuk mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan, berhenti untuk rehat seperti singgah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi mengurangkan stres, rasa penat serta mengantuk. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran