web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi LRT Di 6 Stesen Laluan Ampang/Sri Petaling Diberhentikan Mulai Ahad Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 7:00AM

Operasi LRT di enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling, melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur, akan diberhentikan bermula 2 April ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling, melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur, akan diberhentikan bermula 2 April ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini, memaklumkan ia dihentikan kerana tren digunakan untuk perkhidmatan di antara stesen Bandaraya ke stesen Sentul Timur, tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan perkhidmatan atas faktor keselamatan.

“Ia susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari lepas.

“Bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini, sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kesemua perkhidmatan bas itu akan beroperasi melibatkan 40 buah dan kekerapan antara 10 dan 15 minit pada waktu puncak, bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Di samping itu, Rapid Rail Sdn Bhd turut memaklumkan bermula 2 April ini juga, perkhidmatan bas LRT 9 dan bas LRT 10 akan ditamatkan.

“Bagi melancarkan perjalanan, semua perkhidmatan bas ini akan menggunakan laluan bas khas yang disediakan.

“Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang. Kami berterima kasih dan menghargai kesabaran penumpang,” menurut kenyataan Rapid Rail itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

2

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Gangguan Teknikal MRT Berpunca Daripada Tekanan Angin Rendah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jumlah Penumpang Pengangkutan Awam PRASARANA Cecah Sejuta Sehari

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Gangguan LRT Laluan Kelana Jaya: Rapid Rail Aktifkan Rel Alternatif

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad