web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Penumpang Pengangkutan Awam PRASARANA Cecah Sejuta Sehari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 2:41PM

Ini adalah kali pertama jumlah sebanyak itu direkodkan sejak negara memasuki fasa endemik. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) mencecah sejuta sehari pada 21 Mac lalu.

Ini adalah kali pertama jumlah sebanyak itu direkodkan sejak negara memasuki fasa endemik.

Jurucakap PRASARANA berkata, ia merupakan lonjakan daripada purata 846,000 orang penumpang sehari bermula 1 Januari hingga 15 Mac tahun ini.

Menurut beliau, perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mencatatkan 767,000 penumpang manakala Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) telah merekodkan 235,000 penumpang.

“Jumlah itu adalah angka tertinggi bagi perkhidmatan bas semenjak pandemik,” katanya hari ini.

Jelas jurucakap itu, purata penumpang yang menggunakan perkhidmatan PRASARANA adalah kira-kira 1.2 juta sehari, sebelum COVID-19 mula melanda negara awal 2020.

“Angka sejuta penumpang sehari tersebut termasuk purata 100,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sejak ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 16 Mac lepas,” katanya.

Beliau memberitahu, pengguna perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya, termasuk bas perantara bagi MRT Laluan Putrajaya dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral berpeluang menikmati tambang percuma sehingga 31 Mac depan.

PRASARANA katanya, mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan disediakan, dan akan terus berusaha memastikan faktor keselamatan, kelancaran serta kestabilan perkhidmatan dipelihara demi manfaat orang ramai.

“Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di [email protected] atau talian 03 - 7885 2585 setiap Isnin hingga Jumaat, dari 7.00 pagi hingga 8.30 malam, manakala untuk tempoh Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7.00 pagi hingga 5.30 petang.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat terkini melalu saluran media sosial Rapid KL ataupun melalui aplikasi PULSE yang boleh dimuat turun secara percuma,” katanya. - Getaran, 25 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Lulus RM50 Juta Luaskan Lorong Khas Bas, Beli Van DRT - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma OKU Untuk Semua Perkhidmatan PRASARANA Mulai 1 Februari - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 50 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad