web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tambang Percuma OKU Untuk Semua Perkhidmatan PRASARANA Mulai 1 Februari - Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 4:31PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) mulai 1 Februari 2024, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, inisiatif itu membabitkan semua perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas PRASARANA di sekitar Lembah Klang.

PRASARANA, katanya, diberi tempoh sebulan untuk melakukan persiapan dan menyelaraskan sistem tiket termasuk pemberian kad konsesi khas kepada pengguna OKU.

“Pengguna hanya perlu mengemukakan kad OKU yang dikeluarkan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan memohon kad berkenaan.

“PRASARANA bersetuju untuk memberikan tambang percuma kepada OKU, walaupun memberi impak kewangan kepada PRASARANA. Kemudahan ini sebahagian daripada CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka,” katanya pada sidang media di Stesen MRT Stadium Kajang di sini, hari ini.

Loke berkata, inisiatif itu adalah penambahbaikan berbanding pas konsesi sebelum ini yang menawarkan diskaun 50 peratus bagi tambang perjalanan untuk penumpang OKU.

Terdahulu, Loke merasmikan projek rintis koc wanita bagi perkhidmatan MRT laluan Kajang di Stesen MRT Bandar Tun Hussien Onn, Cheras.

Beliau bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PRASARANA,  Mohd Azharuddin Mat Sah turut dibawa menaiki MRT itu untuk meninjau pelaksanaan koc wanita berkenaan.

Mengulas mengenai projek rintis itu, Loke berkata, pelaksanaan koc wanita antara usaha untuk meningkatkan keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita, selain mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa gangguan seksual.

Menurut Loke sejak koc wanita MRT bagi laluan Kajang dilancarkan pada 18 September lalu, aduan berkaitan isu gangguan seksual menunjukkan trend penurunan daripada lapan kes pada suku pertama tahun ini kepada hanya tiga kes dalam suku keempat iaitu hingga bulan lalu, walaupun jumlah penumpang meningkat. 

Sehubungan itu, katanya, projek rintis berkenaan akan diperluas bagi laluan Putrajaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Lulus RM50 Juta Luaskan Lorong Khas Bas, Beli Van DRT - Ahmad Zahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Prasarana Tunai Impian Kanak-Kanak Hidap Leukemia Naik Tren 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Perpaduan Serius, Tekad Selesaikan Masalah Prasarana Dengan Segera - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad